Bagi orang yang dah lama minat dengan K-pop mesti pernah tahu tentang Kim Sung Jae dari kumpulan DEUX ni. Untuk yang tak tahu, Kim Sung Jae telah tubuhkan kumpulan duo ini bersama rakannya Lee Hyun pada tahun 1993. Dia juga dikenali sebagai bintang fesyen terkenal ketika tahun 90-an.
Sejak kecil, Sungjae telah tinggal di banyak negara bersama ibu bapanya menyebabkan dia mempunyai kemahiran bahasa asing yang baik, mempunyai personaliti berjiwa bebas, kemahiran menari yang luar biasa serta tinggi dan popular.
Kematian misteri Kim Sung Jae
Namun begitu, usia penyanyi ini tak panjang apabila dia telah ditemui mati di usia 23 tahun dan kematiannya ini telah dikenali sebagai kematian paling misteri dalam dunia K-pop.
Semuanya bermula apabila DEUX telah dibubarkan pada tahun 1995 dan Sungjae telah bergerak solo dan menjadi popular dengan lagu single “As I Told You. Pada 19 November 1995, Sungjae telah membuat persembahan pertamanya di SBS TV dan selepas membuat persembahan tersebut, Sungjae dan Lee Hyun kongsikan berita tentang pembubaran mereka.
Keeseokan harinya, Kim Sung Jae ditemui mati di bilik hotelnya yang terletak di Hongen-dong Seodaemun, Seoul yang dinamakan sebagai Swiss Grand Hotel.
Pada awalnya, polis mengesahkan kematian Sungjae sebagai overdose dadah yang membawa kepada serangan jantung. Mayat Sungjae telah di bawa untuk bedah siasat dan menemui dadah di dalam badannya adalah anestetik haiwan toksik. Kesan suntikan dadah tersebut adalah pada bahagian lengan kanannya dan pada masa yang sama, sebanyak 28 jarum ditemui pada mayat penyanyi ini.
Apa yang membuktikan bahawa kematian Sungjae merupakan kes bunuh ialah kesan suntikan yang ditemui pada lengan kanannya. Ini kerana, Sungjae bukan seorang kidal jadi agak mustahil untuk dia melakukan suntikan itu sendiri.
Suspek utama kekasih Kim Sung Jae?
Menerusi siasatan polis, Sungjae telah tinggal di hotel tersebut bersama seorang pengurus, kekasihnya Kim Mo dan 6 penari.
Namun orang terakhir yang dilihat bersama Sungjae sebelum ditemui tidak bernyawa merupakan kekasihnya Kim Mo.
Lebih memeranjatkan, pengarah sebuah hospital haiwan telah membuat laporan mengatakan bahawa Kim Mo telah membeli anestetik haiwan dan 7 gram magnesium sulfat dengan alasan yang dia tak boleh menjaga anjingnya dan mahu menidurkan binatang peliharaannya itu.
Tak cukup dengan itu, Kim Mo turut membeli dua picagari dari hospital haiwan tersebut dan meminta agar merahsiakan pembeliannya itu dari pihak polis sebelum bertanya kalau bedah siasat boleh kesan kandungan dadah dalam badan atau tidak.
Ekoran ini, Kim Mo telah dinamakan sebagai suspek utama kematian Sungjae. Ketika disoal siasat, wanita ini memberitahu bahawa dia telah membeli dadah tersebut kerana mahu membunuh diri selepas gagal dalam peperiksaan untuk menjadi doktor gigi.
Mengenai motif pembunuhan, pihak polis berkata:
Sebelum Kim Sung Jae terbang ke US pada 15 November 1994, dia telah memutuskan hubungannya dengan kekasihnya melalui panggilan telefon. Kekasihnya ini kemudiannya membuat keputusan untuk membunuh Kim Sung Jae dengan membeli dua anestetik haiwan, magnesium sulfat dan dua picagari dari sebuah hospital haiwan di Seochu-gu dan memberitahu pihak hospital untuk merahsiakan pembeliannya.
Pada hari Sungjae membuat persembahannya, lelaki ini telah mengadu yang dia penat jadi wanita ini telah menipu Kim Sung Jae dengan mengatakan bahawa dia boleh menyuntik ubat untuk memberikan tenaga dan menyuntik Kim Sung Jae sebanyak 28 kali untuk kelihatan seperti penagih dadah yang mati disebabkan terlebih dos.”
Selepas dibicarakan, Kim Mo telah didapati bersalah membunuh Sungjae dan dijatuhkan dengan hukuman mati. Namun ketika sidang kedua, hukumannya telah berubah menjadi seumur hidup selepas wanita ini tidak mengaku bersalah.
Tapi ketika sidang ketiga, kesemua saksi yang memberikan keterangan sebelum ini telah mengubah kenyataan mereka sehingga Kim Mo telah dibebaskan dengan alasan tiada bukti lengkap.
Sejak itu, orang ramai telah tertanya-tanya sebab sebenar disebalik kematian Kim Sung Jae. Pada tahun 2019, SBS telah membuat perancangan untuk menayangkan dokumentari mengenai misteri kematian Kim Sung Jae namun Kim Mo telah menghantar injunksi bagi mengahalang tayangan tersebut. Katanya:
Akhir-akhir ini ramai selebriti popular telah membunuh diri ekoran komen-komen jahat netizen. Jadi saya harap pihak mahkamah boleh menghalang rancangan ini dari ditayangkan. Tiada apa-apa yang baru mengenai rancangan tersebut, mereka hanya mahu mencuba untuk menayangkannya.”
Mahkamah kemudiannya meluluskan permohonan Kim Mo dan menghalang rancangan tersebut dari ditayangkan atas alasan tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat.
Dikatakan, Kim Mo yang kini berjaya menjadi doktor gigi telah pun berkahwin dengan seorang doktor. Khabar angin turut mengatakan bahawa wanita ini telah membuat pembedahan plastik sehingga tak boleh dikenali. Dia juga dikatakan datang dari keluarga yang kaya dan ibu bapanya merupakan orang yang berpengaruh. Mungkin sebab tu tiba-tiba saksi tukar cerita kot?
Apa yang pasti, sampai sekarang kes kematian Kim Sung ini masih kekal menjadi misteri dalam industri hiburan korea.
Sumber: Koreaboo, Allkpop, Twitter
Baca: Bekas Ahli Kumpulan K-Pop EXO, Kris Wu Dihukum Penjara 13 Tahun Kerana Merogol