in

5 Adik Beradik Tinggal Di Rumah Orang Tua Bersama-sama Ajar Kita Makna Keluarga Sebenar

5 Siblings Nursing Home Tease Today 170109 01 B68Ded223435A06E78Bd208762545945.Today Inline Large 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak kekalkan hubungan rapat dengan adik beradik lepas masing-masing dah ada kehidupan sendiri  selama bertahun-tahun memang susah. Macam kita pun, biasanya bila ada event tertentu barulah dapat berkumpul dengan semua adik beradik.

Samalah macam lima adik beradik dari Massachusetts, Amerika Syarikat ini. Sebab itu, mereka membuat keputusan untuk pindah bersama ke pusat penjagaan orang tua, dan sejak itu mereka tak pernah berpisah.


Menurut InspireMore, lima warga emas ini adalah Mary Cena, 92, Carmen Wesala, 98, Lawrence Mallia, 90, Georgia Southwick, 93 dan Lucy O’Brien, 85. Comel betul tengok dorang ni.

5 Siblings Nursing Home Tease Today 170109 01 B68Ded223435A06E78Bd208762545945.Today Inline Large

Pengurus operasi pusat penjagaan orang tua Brudnick Center, Betsy Mullen berkata, dia tak pernah tengok situasi seperti ini sepanjang 35 tahun dia menguruskan tempat ini.

“Saya pernah tengok kakak dan adik, abang dan adik, suami dan isteri, ibu dan anak. Tapi, adik beradik seramai ini? Ini memang sangat luar biasa.”

Semasa mereka membesar, mereka mempunyai 11 adik beradik dalam keluarga. Carmen, anak sulung telah meninggalkan rumah dan berkahwin pada tahun 1946. Sejak itu, kesemua adik beradik ini tak pernah duduk sebumbung selama lebih 70 tahun!

5 Siblings Nursing Home Tease Today 170109 02 B68Ded223435A06E78Bd208762545945.Today Inline Large

Kami sangat gembira dapat tinggal bersama semula. Saya cuma berharap adik beradik saya yang lain dapat rasa pengalaman yang sama dengan kami.” – Cena.

Dorang ni memang definisi keluarga bahagia lah. Kalau panjang umur, admin pun nak buat macam ni lah dengan adik beradik. Mesti best! Lagi-lagi bila dah tua nanti adalah juga teman nak ingat balik zaman kanak-kanak dulu kan.

 

Baca: Baik Kau Mengaku! (Edisi Adik Beradik)

Screenshot 2019 04 13 At 1.09.51 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.