in

3 Nurse Dikompaun RM4,000 Gara-gara Lawat Kawan yang Masih Pakai Gelang ‘Pink’ Dirumah

Nursekompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat lawatan dan kongsikan di Facebook sampai tular pada Ahad lepas, 3 orang jururawat telah dikompaun sebanyak RM4,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tujuan ketiga-tiga wanita yang berumur dalam lingkungan 34 hingga 45 tahun itu adalah untuk memberikan sumbangan kepada rakan mereka yang pada waktu itu dilihat sedang memakai gelang pink.

.

Tindakan itu dikesan melalui satu hantaran di akaun Facebook pada jam lebih kurang 9.10 malam pada Ahad di mana ketiga-tiga jururawat yang bertugas di sebuah hospital swasta di sini telah ke rumah rakan mereka yang dikenakan perintah kuarantin.”

1081322

Tambah beliau,  mereka yang bekerja di sebuah hospital swasta itu telah hadir ke balai polis dan soal siasat ke atas kesemuanya mengaku melakukan kunjungan ke Kampung Pulau Tengah untuk memberikan sumbangan kepada rakan yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah akibat kontak rapat pesakit positif Covid-19.

Lapor Sinar Harian, Adzli menjelaskan bahawa hasil pemerhatian mereka berpandukan gambar yang tular itu di Facebook mendapati ketiga-tiga jururawat itu gagal mematuhi SOP PKP.

Mereka diterangkan kesalahan yang dilakukan dan dikeluarkan kompaun sebanyak RM4,000 untuk setiap seorang. Ia mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti terlarang Nombor 1).

Kesemua mereka telah diberikan penerangan agar menjelaskan kompaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah.

Selain itu, Adzli bagaimanapun menasihati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP dalam melaksanakan apa juga tindakan.

“Apa jua aktiviti yang hendak dijalankan, sama ada dibenarkan atau pun tidak, mahupun untuk kebaikan, mestilah mematuhi SOP yang ditetapkan.”

Beliau juga turut menegaskan bahawa tindakan akan diambil bagi mereka yang ingkar SOP tanpa memilih kasih.

 

Baca : Tak Scan MySejahtera, Najib Dikompaun RM3k Tapi Kedai Nasi Ayam Kena 10k Sebab….

Kompaun

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.