Sejak kebelakangan ini, dah banyak isu gaduh yang melibatkan pelajar, orang dewasa, orang tua dan tak ketinggalan warga asing.
Kalau haritu ada kes pakcik dibelasah dan dipukul oleh seorang lelaki di jalan raya tapi berbeza pula dengan situasi kali ini apabila viral di Twitter seorang pakcik bertindak menggunakan kekerasan dengan memukul seorang warga Nepal.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1530580990435151872
Difahamkan yang warga Nepal itu dalam keadaan mabuk serta ada buat hal di kedai makan tersebut. Menerusi kapsyen posting, lelaki Nepal itu siap bagi amaran dan cabar pakcik berkenaan.
Pakcik hilang sabar, tendang dan ‘tomoi’ lelaki Nepal mabuk
Dalam video yang dikongsikan, pakcik tersebut mungkin telah hilang sabar dan bertindak di luar kawalan dengan menolak lelaki Nepal tersebut dan turut menyikunya.
Bukan itu sahaja, pakcik tersebut menolak muka lelaki Nepal itu hingga dia terjatuh, menarik rambut dan menendangnya sampai terkena kerusi.
Namun, terdapat seorang rider Grab yang cuba untuk meredakan situasi dengan menenangkan pakcik berkenaan tapi pakcik itu masih agresif dan tak henti menendang sambil diperhatikan orang sekeliling.
Netizen pertikai pakcik guna kekerasan, sepatutnya perlu kawal kemarahan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen pertikaikan cara pakcik tersebut yang gagal mengawal kemarahan serta dianggap ganas dan boleh mendatangkan kecederaan serius kepada warga Nepal terbabit.
Ada juga netizen menambah sepatutnya pakcik tersebut bertenang dan tidak menunjukkan perangai yang sama dengan menyelesaikan persengketaan dengan cara lebih elok dan berhemah.
Korang selalunya akan selesaikan pergaduhan dengan cara macam mana?
Baca: “Saya maafkan dia” – Warga Emas Dibelasah ‘Mat Motor’ Buka Mulut, Serah Kes Kepada Polis”