Macam yang korang tahu, baru-baru ni viral video menunjukkan seorang warga emas telah dibelasah oleh lelaki di tengah jalan di Padang Jawa.
Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki yang memakai topi keledar itu telah memukul muka warga emas yang terbaring di atas jalan raya itu beberapa kali.
Ekoran dari ini, pihak polis telah pun menahan lelaki tersebut selepas mangsa, Zainol Din Hussain membuat laporan polis pada hari yang sama.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1528265008727363585?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1528265008727363585%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Ftular-video-pakcik-tua-kena-belasah-di-padang-jawa-suspek-dah-ditahan-polis-semalam%2F
“Saya maafkan dia”
Memetik laporan dari FMT, Zainol yang berusia 61 tahun ini adalah merupakan seorang pesara swasta manakala penyerangnya itu adalah seoang pemuda berusia 23 tahun.
Memberi kenyataan mengenai kejadian tersebut, Zainol mengatakan bahawa dia telah pun memaafkan lelaki tersebut dan menyerahkan kes tersebut untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Saya tidak mahu kejadian ini berulang di tempat lain. Saya maafkan dia. Walaupun saya rasa sedih, saya anggap dia sebagai anak yang buat saya macam ni.
“Saya serah kepada undang-undang dan pihak polis, kita ada undang-undang, biar undang-undang selesaikan.”
Menurut Zainol sehari sebelum hari kejadian, dia telah menjalani rawatan dialisis. Ini menyebabkan dia sukar untuk mempertahankan diri ketika pergelutan berlaku.
Saya tidak melawan sebab terpaksa selindung tangan kiri saya yang dijadikan tapak dialisis. Tangan kiri saya bengkak-bengkak kesan daripada rawatan itu dan masih sakit pada hari kejadian.”
Selain itu, Zainol turut menafikan bahawa pergaduhan tersebut adalah disebabkan oleh kemalangan yang berlaku antara kereta dan motosikal itu dan turut menafikan dia telah melayangkan isyarat lucah sehingga membuatkan suspek hilang pertimbangan.
Ekoran kejadian tersebut, kesihatan warga emas ini turut merosot dan dia serta isterinya jadi trauma untuk keluar rumah.
Sejak kejadian, saya sukar bernafas, manakala bahagian tulang rusuk kiri saya kerap rasa sakit. Saya terpaksa dipapah isteri atau anak untuk bangun.”
Harapnya pak cik ni diberikan kesembuhan…
Baca: Tular Video Pakcik Tua Kena Belasah Di Padang Jawa, Suspek Dah Ditahan Polis Semalam