Kehadiran seekor harimau ketika dua orang rakan sedang memancing di aliran sungai dalam kebun kelapa sawit di Felda Nitar 2, Mersing telah mencetuskan detik-detik cemas buat mereka berdua.
Memetik laporan Harian Metro, dua orang rakan tersebut iaitu Nazeri Iskandar dan Mohamad Azmir Mokeri telah pergi ke kawasan aliran sungai dalam kebun terbabit untuk memancing sekitar jam 5.45 petang pada Rabu lalu.
Ketika sedang memancing, mereka menyedari kehadiran pak belang itu apabila salah seorang daripada mereka menoleh ke belakang kerana mahu mengambil beg.
Pada ketika itulah, dia sedar bahawa haiwan tersebut menuju ke arahnya.
Video kejadian itu sempat dirakam dan telah tular di media sosial selepas di muat naik di platform TikTok.
@nazrie_iskandar alhamdulillah masih dipanjangkan lagi umur mat dan memeng… pengalaman seumur hidup tengah casting harimau datang berdepan… kepada kawan2 mat berhati-hatilah ketika berada di dalam hutan…kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan…alhamdulillah ya allah🤲 #syukuralhamdulillah #casting #alhamdulillah #semuaallahbagi #ozmy
Artikel Berkaitan: “Mujur tak kena makan” – Pengunjung Panik, Kucing Sesat Masuk Kandang Harimau Di Zoo Johor
Artikel berkaitan: “Jinak, jarang merayau jauh” – Hilang 2 Hari, Rupanya Kucing Kesayangan Dibaham Harimau
Menurut mereka, mereka memang biasa datang memancing di situ sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sebelum ini, pernah juga mereka mendengar suara harimau.
Namun, ini kali pertama mereka berdepan dengan haiwan buas itu pada jarak dekat.
Mereka turut mengatakan ketika kejadian, mereka hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah SWT dan telah membacakan potongan ayat doa Nabi Sulaiman.
Kedua-duanya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat pokok.
Sumber: Harian Metro, TikTok @nazrie_iskandar