in

“2 anak kapal nahas pesawat TUDM dalam keadaan baik” – Panglima Tentera Udara

5tudm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Khamis lalu, dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan baik.

Juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, serta jurusensor senjata Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, kini masih menerima rawatan di Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT). Kedua-duanya terus dipantau rapi bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan optimum.


Screenshot 2025 08 24 at 12.35.30 PM

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, rawatan serta pemantauan yang diberikan merupakan prosedur biasa terhadap mana-mana anggota yang terlibat dalam insiden penerbangan.

Kebiasaannya anggota akan dipantau selama tiga hari untuk tujuan pengesahan. Setakat ini, kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik”

Dalam insiden kira-kira jam 9.05 malam itu, kedua-dua pegawai sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat terhempas. Tindakan pantas itu berjaya menyelamatkan mereka daripada sebarang kecederaan serius.

Pesawat terbabit difahamkan sedang melaksanakan rutin latihan penerbangan malam sebelum kehilangan kawalan dan terhempas di kawasan berdekatan lapangan terbang. Tiada mangsa awam dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

TUDM setakat ini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar insiden dan memberi jaminan aspek keselamatan serta prosedur operasi akan terus diperkukuh dalam setiap latihan yang dijalankan.

Sumber: Astro Awani

Baca: Ini Keadaan Terkini 2 Juruterbang TUDM Pesawat Hornet Yang Terhempas Malam Semalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.