in

18 Tahun Terpisah Dari Keluarga Kerana Ikut Suami Ke Lombok, Wanita Malaysia Dibawa Pulang Oleh Wisma Putra

Feature Image 3
Gambar Sekadar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warganegara Malaysia yang terpisah daripada keluarganya selama 18 tahun selepas mengikut suami ke Lombok, Indonesia akhirnya berjaya kembali ke tanah air baru-baru ini.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, usaha membawa pulang wanita berkenaan dilakukan hasil kerjasama pelbagai pihak.


Beliau berkata, proses tersebut membabitkan kerjasama Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia Jakarta serta Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan Norida Akmal dan anaknya dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Shamsul Anuar berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Img 0706

Artikel berkaitan: Kerana Terlalu Marah Lepas Hilang RM17, Guru Di Indonesia Paksa Pelajar B*gel

Artikel berkaitan: Langg*r Pelancong Indonesia Umur 6 Tahun Sehingga M*ut, Pemandu Didakwa Salahkan Mangsa Pula?

Difahamkan, 18 tahun lalu Puan Norida mengikuti suaminya yang merupakan warga Indonesia pulang ke Lombok.

Namun, perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan beliau kemudiannya terpaksa hidup dalam serba kekurangan serta menyara kehidupan sendiri di negara orang.

Puan Norida dilihat sebak sebaik tiba di tanah air seperti yang dikongsikan menerusi foto di Facebook Ahli Parlimen Lenggong berkenaan.

Sumber: Facebook Shamsul Anuar Nasarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.