Perkahwinan ni tak kiralah dekat mana-mana negara mesti ada adat dan kepercayaan masing-masing. Kadang-kadang tu sampai bergaduh anak beranak gara-gara ada yang nak pertahankan tradisi dan ada yang tak nak teruskan.
Macam dekat Malaysia perkahwinan Melayu kebanyakannya akan ada berdulang-dulang hantaran atau macam di Johor, sebelum nak tengok pengantin perempuan, pengantin lelaki kena bayar tol dulu sampai last-last muka pun dah monyok sebab banyak sangat tol nak kena bayar.
Dekat negara lain pun banyak juga tradisi dan kepercayaan mereka tentang perkahwinan ni. Namun tak kira negara mana, tradisi ini wujud kerana mereka percaya pasangan pengantin boleh mendapat kebahagian hingga ke akhir hayat. Jom baca!
11 Tradisi & Budaya Perkahwinan Yang Unik Di Seluruh Dunia
1. Norway: Pengantin perempuan pakai mahkota untuk halang roh jahat
Salah satu tradisi di negara Norway adalah, pengantin perempuan perlu memakai mahkota yang diperbuat daripada emas atau pun perak dan perlu ada beberapa charms kecil tergantung disekelilingnya. Dikatakan, bila pengantin perempuan bergerak, bunyi yang datang dari charms tersebut boleh menghalau roh jahat.
2. Congo: Tak boleh senyum ketika hari perkahwinan
Kebanyakan pengantin memang tak lekang dengan senyum kerana keterujaan untuk memulakan kehidupan baru. Tapi bagi pasangan di Congo ini lain pula, dorang kena kawal perasaan dorang.
Ketika hari perkahwinan bermula dari upacara perkahwinan sehingga majlis resepsi, pasangan pengantin tidak dibenarkan untuk senyum, sekiranya mereka senyum, ini bermakna yang dorang tak serius untuk berkahwin.
3. Fiji: Bagi gigi ikan paus
Di Fiji, apabila lelaki hendak meminang wanita pilihannya, dia perlu persembahkan gigi paus kepada bakal bapa mertuanya. Kesian pulak ikan paus jadi mangsa…
4. Guatemala: Pecahkan loceng
Sebagai tuan rumah majlis perkahwinan, ibu bapa pengantin lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka mahu termasuk pecahkan barang. Apabila pengantin tiba, salah satu tradisi mereka ialah, ibu pengantin lelaki akan pecahkan loceng yang diperbuat daripada tembikar berwarna putih yang diisi dengan beras dan tepung bagi memberi kesejahteraan kepada perkahwinan mereka.
5. Czech Republic: Letak bayi atas katil pengantin
Sebelum pengantin perempuan dan lelaki sah menjadi suami isteri di Czech, seorang bayi akan diletakkan di atas katil pasangan ini bagi memberikan restu dan tingkatkan kesuburan mereka. Apabila mereka dan berkahwin, tetamu akan renjis pengantin dengan beras, kacang hijau atau lentil yang dipercayai dapat memberikan kesuburan juga.
6. Rusia: Karavay
Pengantin baru dari Rusia pula akan kongsi satu juadah manis yang dipanggil “karavay”. Ia dihias dengan gandum sebagai simbol kebahagiaan dan cincin bersambung sebagai simbol kesetiaan. Suami atau isteri yang dapat gigit cebisan paling besar akan dianggap sebagai ketua keluarga. Fuh mencabar!
7. Filipina: Lepaskan merpati putih
Selepas berkahwin, pasangan pengantin di Filipina akan lepaskan sepasang merpati putih ke udara. Merpati ini dikatakan melambangkan keharmonian kehidupan bersama untuk pasangan pengantin baru ini.
8. Cuba: The Money Dance
Menurut ada di Cuba, setiap lelaki yang mahu menari bersama pengantin perempuan perlu pinkan duit pada baju pengantin perempuan untuk membantu pasangan pengantin baru ini bayar majlis kahwin mereka dan bulan madu.
9. Mongolia: Tradisi hati ayam
Pasangan Mongolia yang mahu menetapkan tarikh perkahwinan mereka perlu membunuh seekor anak ayam dan memotongnya sambil memegang pisau bersama bagi mencari hati ayam yang sihat sehingga dorang berjaya. Alamak, tak tahu nak cakap apa.
10. Jerman: Potong kayu balak
Selepas berkahwin, pasangan yang baru berkahwin di Jerman akan diberikan satu kayu balak besar dan satu gergaji. Dengan bekerjasama memotong kayu balak ini, dipercayai mereka membuktikan keupayaan mereka untuk bekerjasama dalam menghadapi cabaran di dalam perkahwinan mereka.
11. India: Kahwin dengan pokok dulu
Seorang wanita Hindu yang lahir ketika dalam tempoh astrologi apabila Marikh dan Zuhal berada di bawah rumah ketujuh, dia dianggap bernasib malang. Dikatkaan, jika wanita ini berkahwin mereka perlu bersiap sedia untuk menjadi balu. Kalau nak elak nasib malang ini, wanita tersebut perlu berkahwin dengan pokok terlebih dahulu bagi membuang nasib malang tersebut.
Sumber: Brides
Baca: 7 Festival Paling Pelik Tapi Macam ‘Fun’ Di Seluruh Dunia