Seperti yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kematian dikalangan ibu hamil dilihat semakin meningkat sejak Januari tahun ini dan sejak akhir-akhir ini, seperti setiap hari kita baca berita mengenai perkara ini.
Seperti baru-baru ini, seorang jururawat yang juga merupakan frontliner turut menjadi mangsa wabak Covid-19 apabila dia meninggal selepas melahirkan anak sulungnya.
10 tahun tunggu zuriat
Apa yang menghibakan bila anak yang terpaksa dilahirkan menerusi pembedahan di usia kandungan baru 26 minggu itu merupakan penantian selama 10 tahun buat arwah Norfaizah Mohamed dan suaminya.
Menurut Harian Metro, Norfaizah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3.02 pagi pada 14 Ogos 2021 lalu selepas dia melahirnya anak sulungnya itu.
Dapat jangkitan dari pesakit
Difahamkan, jururawat ini telah mendapat jangkitan Covid-19 kategori 5 dari pesakit yang dirawatnya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin telah pun mengesahkan kematian Norfaizah adalah akibat Covid-19 dan mengatakan arwah yang bertugas di Hospital Gua Musang itu merupakan seorang petugas yang berdedikasi.
Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang.”
https://www.facebook.com/1841813802/videos/pcb.10215939772767476/357325415882912
Manakala bayi sulung yang dilahirkannya itu kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Baca: Kes Kematian Wanita Mengandung Naik Mendadak, Dr Hisham Seru Ibu Hamil Segera Ambil Vaksin