in

“1 Imam 2 Makmum”- Netizen Terhibur Lihat Aktor Indonesia, Fedi Nuril Sering Bintangi Filem Bertema Poligami

F4 Filem Indonesia Tentang Poligami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda merupakan peminat setia filem-filem Indonesia, pasti anda kenal dengan pelakon lelaki Indonesia, Fedi Nuril yang membintangi filem Syurga Yang Tak Dirindukan sebagai watak utama bersama Laudya Cynthia Bella dan Raline Shah.


Dalam filem tersebut, watak utama iaitu Prasetya yang dibintangi oleh Fedi Nuril telah bernikah dengan Mei Rose (Raline Shah) tanpa pengetahuan isterinya Arini (Laudya Cynthia Bella).

Filem terbaru Fedi Nuril yang berjudul 1 Imam 2 Makmum yang bakal ditayangkan tak lama lagi di pawagam Indonesia telah menjadi perhatian ramai termasuklah peminat di Malaysia.

11

Meskipun butiran tentang filem terbaru Fedi Nuril itu belum dikongsikan lebih lanjut, namun berdasarkan tajuknya, ramai yang berspekulasi bahawa filem baru ini juga mungkin bertemakan poligami.

Warganet terhibur dengan pelakon tersebut kerana dia sering membintangi filem-filem yang bertemakan poligami.

Antaranya, filem Ayat-ayat Cinta, Syurga Yang Tak Dirindukan 1, Syurga Yang Tak Dirindukan 2 dan Ayat-ayat Cinta 2.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Viral Di TikTok, Penyanyi Seberang Perjelas Maksud ‘Deep’ Lagu ‘Dawai’

Artikel Berkaitan: “Tak mampu bayar sewa?” – Suami Bunga Citra Lestari Didakwa ‘Songlap’ Wang Syarikat RM 1.7 Juta

Filem-filem yang bertemakan poligami yang dibintangi oleh Fedi Nuril ini telah menarik perhatian warganet sehingga ada netizen yang bergurau mungkin kalau skrip filem itu bukan tentang poligami, berkemungkinan besar akan ditolak oleh Fedi Nuril.

Lagi lucu apabila Fedi Nuril dilihat melayan saja gurauan peminat-peminat di media sosial X tentang watak-wataknya dalam filem bertema poligami itu.

10 1

Whatsapp Image 2024 06 08 At 2.57.56 Pm

Apa-apa pun, nampak macam best je filem terbaru dia ni kan. Sama-sama kita nantikan tayangannya nanti. 

Sumber: X @BaseEntID

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.