in

Terpaksa Guna Suara Lantang Ketika Mengajar, 1 Daripada 5 Guru Sekolah Alami Masalah Suara

Guru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada setiap 16 Mei, insan yang mengajar kita membaca dan mengira disambut meriah di setiap sekolah di Malaysia sempena Hari Guru. Tahun ini, difahamkan tema Hari Guru adalah “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI”,

Pada tarikh keramat inilah, para pelajar berlumba-lumba untuk memberi hadiah buat guru kesayangan yang tidak penah kenal erti penat lelah ketika mengajar.


Tetapi, korang tahu tak, guru-guru yang mengajar di sekolah bukan sahaja berhadapan dengan tekanan perasaan dan keletihan ketika bekerja, mereka juga berpotensi untuk mengalami masalah kesihatan.

Masalah Suara

Menurut hantaran Public Health Malaysia, satu daripada lima guru sebenarnya mengalami masalah suara kerana terlalu banyak bercakap ketika mengajar!

“Tugas sebagai seorang guru memerlukan seseorang individu untuk bertutur secara lantang selama tempoh beberapa jam setiap hari, dari Isnin sehingga ke Jumaat.”

“Masuk pula kelas yang bising, murid terlalu ramai sehingga lebih 40 orang dan fasiliti bilik darjah yang terbuka menyebabkan guru perlu meninggikan suara dengan lebih lantang.”

“Aduhh… hanya guru yang dapat menceritakan betapa perit tekak mereka selepas tamat sesi persekolahan setiap hari.”

Artikel berkaitan: Takut Batuk Dan Sakit Tekak? Ini Cara Betul Makan Limau Mandarin Yang Ramai Tak Tahu

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Kembang Tekak Tengok Orang Makan Udang ‘Lompat-lompat’

Bagaimanapun, Public Health Malaysia turut memberikan tip buat para guru yang sering mengalami masalah suara.

“Antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan warming up suara sebelum sesi mengajar bermula (seperti kelas vokal).”

“Kurangkan menjerit di dalam kelas. Dapatkan perhatian pelajar-pelajar di dalam kelas dengan menepuk tangan atau menepuk meja. Mengajar di tengah tengah kelas berbanding di hadapan dan hanya bercakap jika kelas senyap (ok ini student takut).”

Masalah Suara

Lepas ini. cikgu-cikgu janganlah menjerit sangat ya. Sayangilah kesihatan diri sendiri sebelum menyanyangi orang lain… Cewah.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.