in

Wanita Ditendang Pemandu Grab di Peha Kerana Mengamuk Kelakuan Biadapnya Dirakam

^66E12Bf30E99242Cab3D6C35C83B6C1C0F6Ae05222148B3B5E^pimgpsh Fullsize Distr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Ditendang Pemandu Grab di Peha Kerana Mengamuk Kelakuan Biadapnya Dirakam
Loading
/

Hampir setiap minggu pasti ada saja kisah pengalaman buruk dikongsikan pengguna yang menggunakan perkhidmatan Grab ataupun Uber. Kali ini ia melibatkan seorang wanita yang telah dilayan dengan sangat biadap semasa menggunakan perkhidmatan Grab untuk ke tempat kerja.


Melalui perkongsian di Facebook Penang Online, wanita tersebut menceritakan bahawa pemandu Grab Car tersebut telah memarahinya kerana tidak menunggu di hadapan lampu trafik.

Grab
sumber: facebook

Sepanjang datang ke tempat kerja dengan menaiki Grab Car, hari ini yang paling spoil sekali.”

Pertama sekali, pesan Grab dan tunggu lebih kurang empat minit. Masuk saja di dalam kereta, pemandu mengamuk dan tanya kenapa aku tak tunggu dekat lampu trafik.”

Menurut wanita itu. ia telah menjadi kebiasaan bagi penduduk di flat yang didiaminya untuk menunggu di hadapan pintu utama flat apabila mereka menaiki sebarang perkhidmatan Grab Car dan lain-lain. Bukannya menunggu di kawasan lampu isyarat.

Namun pemandu tersebut telah menunjukkan kelakuan yang tidak siuman dengan membunyikan hon sesuka hati pada kereta-kereta di atas jalan. Malah cara pemanduannya juga tidak selamat.

Tengah bawa kereta pun dia boleh hon kereta itu, kereta ini. Bawa kereta pun macam orang dah tak betul.”

Apabila mangsa hampir tiba ke destinasi, pemandu tersebut memberhentikannya di tepi jalan. Wanita tersebut bertanya mengapa dia tidak diberhentikan mengikut lokasi yang ditetapkan, namun pemandu itu meminta untuk menambah bayaran sebanyak RM4 lagi jikalau dia mahu sampai ke sana. Dah kenapa dia ni??

Aku tanya, ‘Saya bagi location tu, awak kena ikut location tu’. Dia boleh jawab, ‘Bayar tambang RM4 lagi kalau mahu hantar sampai sana’.” 

Eh, RM4 pun duit. Saya bayar bukan tak bayar. Lagipun memang sebelum ini tempahan harga di aplikasi sudah keluar RM4. Jadi apa masalahnya?”

Pemandu tersebut malah menghalangnya untuk keluar dari kereta apabila mangsa mengugut untuk melaporkan hal itu kepada pihak polis.

Mangsa kemudian terpaksa mengambil tindakan drastik dengan merakamkan wajah pemandu sehingga dia akhirnya mengalah dan membenarkan mangsa keluar dari kereta.

18446991 719412674886157 21821476274670966 N
sumber: facebook

Pun begitu, mangsa telah ditendang di peha oleh pemandu tersebut yang geram dengan tindakannya merakam perlakuan biadapnya tadi. Ini sudah lebih!!

Aku cakap nak lapor polis, terus dia marah dan tak bagi keluar dari kereta.” 

Sampailah aku dah rakam, baru dia buka pintu dan keluar turun dari kereta dan terus tendang kena peha aku sebab dia geram aku rakam video dia.” 

Tepi jalan dia boleh buat macam tu.”

Capture 20170517 103125
sumber: facebook

Wanita tersebut seterusnya menghubungi call centre Grab Car dan mereka mencadangkannya untuk membuat laporan dan seterusnya memberi nombor laporan tersebut kepada mereka.

18485658 719412684886156 484963998955721764 N
sumber: facebook
18556083 719412704886154 5311047092653198917 N
sumber: facebook

Mangsa juga dalam perkongsian tersebut sempat menasihati pengguna,

Sesiapa yang nak naik Grab Car atau Uber sekalipun, berhati-hatilah. Aku dah serik kena hari ini. Sakit hati dan geram!”  

18446663 719412648219493 3648804676783440289 N
sumber: facebook

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai respon dari pengguna Facebook yang kebanyakannya menganggap reputasi perkhidmatan Grab Car tercalar akibat perlakuan biadap sesetengah pemandu. Tak pasal-pasal Grab terkena tempiasnya! 

Tamatkan khidmat Grab Car orang macam ini. Sikap buruk dia merosakkan nama Grab Car dan pelanggan takut nak melanggan Grab Car. No warning, terus denda je.”

Ini ada masalah peribadi yang terbawa-bawa ke tempat kerja. Kalau tengah tension, tolong jangan memandu sebab banyak benda negatif akan berlaku.”

Sekitar dua bulan ini saja sudah ada beberapa kes berkaitan Grab. Diharap pihak Grab Car letakkan peraturan yang lebih ketat dalam memilih pemandu yang sesuai untuk perkhidmatan ini. 

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.