in

“Tolonglah encik, jangan tahan saya. Saya ada anak kecil” – Rayu Ibu Ketagih Dadah

Dadah 3
KUALA LUMPUR 30 OKTOBER 2017. (UNTUK HARIAN METRO SAHAJA) Suspek bersama anak ketika operasi AADK di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. NSTP/ AZIAH AZMEE

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak serta menunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Tetapi lain pula cerita dengan ibu tunggal berusia 25 tahun ini yang merayu supaya tidak ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana mempunyai anak berusia 1 tahun 4 bulan.


Dadah
sumber: harian metro

Menurut Harian Metro, sewaktu ditahan pada pukul 11 malam oleh pihak AADK, anak kecil wanita itu ditinggalkan sebentar di bilik sewa di Chow Kit kerana sedang tidur sementara dia keluar membeli makanan.

Wanita itu disyaki mengambil dadah dan mengaku mengambil syabu pada petang itu. Menurutnya, pada kebiasaannya dia akan menidurkan anaknya terlebih dahulu sebelum mengambil dadah di dalam bilik yang sama. Wanita itu dikatakan bekerja sebagai tukang cuci dan melakukan pelbagai kerja lain bagi membiayai dan memuaskan keinginannya untuk menagih.

Dugs2
gambar hiasan

Pihak AADK terkejut dengan pengakuan wanita tersebut dan mengarahkan wanita itu membawa mereka ke bilik sewa miliknya. Demi kebajikan dan keselamatan anak tersebut, ibu muda itu telah ditahan dan anaknya telah diambil oleh AADK untuk tindakan selanjutnya.

“Seramai 23 lelaki dan 10 wanita ditahan termasuk seorang wanita bersama bayinya selepas disyaki menagih dadah. Wanita itu mengaku ditinggalkan suami sejak setahun lalu dan tinggal bersama anaknya di bilik sewa di kawasan Chow Kit,” kata Mohamad Hanif Omar selaku Ketua Pegawai AADK Dang Wangi,

Apabila sudah bergelar seorang ibu, kita perlulah melakukan pengorbanan yang sewajarnya demi anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi seorang yang berguna agar dapat mengubah nasib kita kelak.

Baca: Ibu Bapa Ketagih Dadah Abai Anak Berusia 1 Dan 3 Tahun, Tidak Beri Susu Selama Seminggu

Dadah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.