in

Lelaki Berjaya Rompak RM620,000 Tetapi Tercicir Telefon Bimbit Di Tempat Kejadian

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita tentang kes rompakan paling selalu kita tonton di kaca tv atau baca di surat khabar atau media sosial. Tak kira pada waktu siang atau malam, makin berani perompak zaman sekarang!


Sudah tentu kes jenayah sebegini melibatkan pihak polis kerana perlunya siasatan untuk menjejaki dan menangkap penjenayah. Mungkin ada kes rompakan kelas pertama yang sukar untuk pihak polis selesaikan namun berbeza pula kes kali ini.

Seorang lelaki bersenjata  berjaya membawa lari lebih 5,000,000 Thai Baht (RM623,044) dalam satu rompakan di sebuah mesin ATM yang terletak di wilayah Suphanburi di Thailand. Perompak itu melepaskan tembakan ke udara sebanyak tiga kali sebaik sahaja tiba di lokasi.

Phone

Rompak1

Menurut Thairath, tembakan dilepaskan untuk menakut-nakutkan pekerja Bank Krung Thai yang sedang mengeluarkan wang tunai untuk dibawa ke bank. Wang tunai sebanyak 5.13juta Thai Baht itu sebelumnya telah dimuatkan ke dalam sebuah beg berwarna hitam dan mereka dikatakan hampir selesai dengan prosedur itu.

Tanpa disedari lelaki itu, beliau telah memudahkan kerja pihak polis untuk menjejakinya kerana telefon bimbit beliau tercicir semasa rompakan tersebut. Taktau lah nak gelak ke apa…

A

Menurut pemandu van (milik bank), lelaki itu tiba dan tidak membuka helmetnya. Beliau juga berkata lelaki tersebut memandangnya dan terus menuju ke arah ATM.

“Lelaki itu memandang saya dengan sangat mencurigakan. Saya dapat rasa bahawa wang tunai itu menjadi sasarannya sebelum dia terus melepaskan tembakan. Semuanya berlaku pantas, saya terus menghubungi pihak polis selepas itu.”

R7

R1

Selepas berjaya mengambil beg berisi wang tunai, lelaki itu dengan tergesa-gesa terus menuju ke motorsikalnya. Rakaman CCTV juga menunjukkan bahawa beliau melepaskan satu lagi tembakan ketika mahu meninggalkan tempat itu.

Malangnya, kegembiraan perompak itu tidak akan bertahan lama disebabkan kesilapan besar beliau itu. Sumber berkata, pihak polis sudah pasti akan menjejakinya dan menangkap lelaki itu pada bila-bila masa.

R6

Tembak2
Gambar dari orang awam yang berada di tempat kejadian

Mungkin tindakannya untuk tidak membuka helmet itu ‘bijak’ tetapi wajahnya pasti akan tersebar juga kerana telefon bimbit yang tercicir itu. Kesian…


Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.