in

Gadis Diserang Lelaki Depan Rumah di Bukit Mertajam dan Dipaksa Lakukan Seks Oral Dalam Kereta

Page 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang gadis berusia 20 tahun diserang seorang lelaki di depan rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Lelaki tersebut kemudian memaksanya untuk melakukan seks oral.


Menurut mangsa yang hanya dikenali sebagai Gan, dia baru sahaja tiba di rumah pada jam 5.45 pagi selepas keluar supper bersama rakan-rakannya.

Sebaik sahaja dia membuka pintu keretanya, seorang lelaki tiba-tiba muncul entah dari mana memegang sebilah pisau.

Rumah 2
gambar hiasan

Lelaki itu menghalakan pisau ke arah mangsa dan menyuruhnya  untuk masuk ke dalam kereta semula dengan senyap. Sementara mangsa masuk ke dalam kereta, lelaki berkenaan bergerak ke arah pintu tempat duduk penumpang untuk masuk dari situ.

Sambil menghalakan pisau itu ke arah kepalanya, Gan kemudian diminta untuk memandu keluar dari rumah dan menuju ke tempat lain.

Dia kata muka saya cantik dan beritahu saya untuk tidak menjerit, jika tidak jangan salahkan dia jika sesuatu terjadi kepada muka saya.”

Selepas keluar dari kawasan perumahan itu, lelaki tersebut menyuruh Gan untuk berhenti sebelum merampas telefon pintar Vivo miliknya. Gan kemudian disuruh untuk beralih ke tempat duduk belakang dan diberi amaran untuk tidak melakukan sesuatu yang ‘bodoh’.

Lelaki itu kemudian memandu dan membawanya ke sebuah bank sebelum memaksanya mengeluarkan wang berjumlah RM2,000. Mangsa kemudian meminta lelaki tersebut melepaskannya kerana sudah mendapat apa yang dimahukan selain turut memintanya untuk memulangkan telefon pintar Vivo itu.

Bersetuju dengan permintaan mangsa, dia memulangkan telefon dan memberi amaran supaya mangsa tidak menghidupkan telefon pintar tersebut. Selepas memasuki kereta semula, lelaki itu menutup matanya menggunakan pakaian di dalam kereta mangsa.

Dia kemudian memandu ke lokasi gelap yang memakan masa 10 minit sebelum membuka semula ikatan kain di mata mangsa. Lelaki itu rupa-rupanya terlebih dahulu sudah membuka butang seluar dan meminta mangsa melakukan seks oral terhadapnya. Mangsa yang terkejut enggan melakukan itu dan merayu dilepaskan memandangkan lelaki tersebut sudah diberikan wang.

Kereta
gambar hiasan

Selepas merayu berkali-kali, lelaki itu berubah hati dan mahu melepaskannya.

Ketika sedang berhenti di persimpangan lampu trafik, Gan menggunakan peluang itu dan keluar dari kereta untuk meminta bantuan dari penunggang motorsikal. Terkejut dengan tindakan mangsa, lelaki itu terus memecut dan meninggalkannya.

Difahamkan, selain wang berjumlah RM2,000 itu, mangsa turut kehilangan Perodua Myvi miliknya yang dibawa lari, sebentuk cincin emas, jam tangan berjenama Titus, pasport ibunya dan telefon pintar iPhone 7. Kesemua barang itu disembunyikan oleh mangsa di bawah tempat duduk kereta. Malangnya, kereta itu turut dicuri. At least dia selamat kan!

Lain kali, jangan keluar dan memandu berseorangan pada waktu macam tu. Terutamanya perempuan lah kan. Sekarang ni, di mana-mana pun dah tak selamat!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.