in

Dua Beradik Dirogol Bapa Kandung, Datuk dan Dua Bapa Saudara Sejak 6 Tahun Lalu

Mangsa Rogol Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari semakin banyak berita membabitkan remaja atau kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan ahli keluarga yang dahagakan seks. Terbaru, seorang gadis berusia 19 tahun dari Serian, Sarawak mendakwa telah dirogol oleh bapa kandung, datuk dan dua bapa saudaranya sehingga mengandung, lapor Malay Mail.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar, polis telah menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Mangsa Rogol4
gambar hiasan

Pihaknya kemudian menemu bual gadis berkenaan yang akhirnya mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa perbuatan keji bapa kandung, datuk dan dua bapa saudaranya itu.

Lebih memeranjatkan lagi, mangsa telah diperlakukan sedemikian sejak berusia 13 tahun! Malah, menurutnya, adiknya yang kini berusia 14 tahun juga turut menjadi mangsa rogol empat individu berkenaan.

“Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur sembilan tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” kata Dev.

Difahamkan kesemua suspek tinggal serumah dengan gadis berkenaan dan bekerja sebagai petani. Kedua-dua mangsa dikatakan tidak bersekolah dan suspek telah merogol mereka di rumah itu sejak 6 tahun lalu.

Mangsa Rogol2
gambar hiasan

Susulan laporan dan siasatan awal yang dijalankan, pihak polis telah menahan empat suspek tersebut berusia di antara 26 dan 57 tahun di kampung itu kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B kerana melakukan sumbang mahram.

Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang?!

Baca: Remaja 13 Tahun Mengandung 7 Bulan Selepas Dirogol Abang Sulung Berusia 16 Tahun

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.