Sikap penumpang MRT mendapat kritikan netizen baru-baru ini, selepas tular video memaparkan seorang gadis bertongkat didakwa tidak diberikan tempat duduk di dalam pengangkutan awam tersebut.
Menerusi video itu, dapat dilihat gadis berkenaan yang menggunakan tongkat di kedua-dua belah tangan bersandar di tepi pintu MRT, dengan hampir kesemua tempat duduk di dalam pengangkutan tersebut diduduki penumpang lain.
@beracunracun
Crowded train, zero empathy,” tulis pemilik video.
Video berkenaan telah menerima pelbagai komen netizen yang mana rata-rata pelik dengan sikap sesetengah penumpang yang mementingkan diri sendiri dan kurang common sense kerana tidak memberikan tempat duduk keutamaan kepada gadis berkenaan.

Namun ada juga yang mempersoal, kemungkinan besar gadis itu sudah diberikan tempat duduk namun dia menolak atas sebab-sebab tertentu.

Artikel berkaitan: LRT 3 Dalam Fasa Akhir Ujian, Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun
Artikel berkaitan: Lelaki Cedera Parah Di Kepala Selepas Terjat*h Atas Landasan LRT Subang Alam
“Ada minta untuk duduk? Takut ada tak perasan”
Posting tersebut juga telah menerima respon daripada pihak Rapid KL sendiri yang meninggalkan komen bertanya sama ada gadis itu ada meminta kepada penumpang lain untuk duduk.

Namun pemilik video memberi respon dengan mengatakan kejadian ini sudah tiga kali berlaku, di mana penumpang lain hanya buat tak endah dengan situasi itu.
Pun begitu, untuk kejadian kali ketiga, pihak polis Prasarana telah membuat teguran dan barulah penumpang bangun memberi tempat duduk.
Sumber: TikTok
