in

Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Posisi Badan Dilihat Kembali Normal

Ft Zamani Dah Bedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita perasaan, keadaan penyanyi lagu Syair Si Pari-Pari, Zamani begitu mengharukan, dirinya yang dilihat semakin kurus dan membongkok itu membuatkan rakan selebriti iaitu Datuk Aznil Nawawi juga turut bersimpati dan berbesar hati untuk hulurkan bantuan.


Mengimbau semula beberapa bulan lepas, Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ada membuat satu tabung bantuan buat Zamani yang menderita sakit tulang belakang atau skoliosis itu untuk melakukan pembedahan.

Hasilnya, Harian Metro melaporkan bahawa Pak Nil sebelum ini telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM101,103.84.

 

Dah menjalani pembedahan & boleh pulang

Oleh itu, dilihat ‘penderitaan’ Zamani kini telah berakhir apabila Pak Nil menerusi Instagram miliknya hari ini menyatakan bahawa vokalis kumpulan Slam ini telah menjalani pembedahan dan kini dibenarkan pulang.

Dalam posting tersebut, dilihat Zaman berjalan seperti biasa dan posisi badannya kelihatan menegak seperti sediakala.

Melihat keadaan Zamani sekarang, ramai rakan artis memanjatkan rasa syukur dan tidak lupa juga kepada peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan Zamani.

Screenshot 2022 11 10 172852 Screenshot 2022 11 10 172913 Screenshot 2022 11 10 172943 Screenshot 2022 11 10 173009 Screenshot 2022 11 10 173026

Terdahulu, Zamani telah dibawa masuk ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi Isnin dan prosedur pembedahan itu memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.

Malah, Gempak turut melaporkan bahawa Zamani bakal mengambil dalam 2 hingga 6 minggu dan memerlukan masa selama 3 bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum aktif menyanyi semula.

Baca : [VIDEO] Peminat Sebak Tengok Zamani ‘Didukung’ Untuk Turun Pentas Lepas Habis Buat Show

Ft Zamani Kena Dukung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.