in

“Yang wajib niat” – UAI Jelaskan Hukum Bayar Zakat Fitrah Melalui Online

ft uai zakat fitrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menunaikan zakat fitrah di bulan yang mulia ini dan seperti yang kita sedia maklum, banyak kiosk dan kaunter pembayaran zakat telah disediakan termasuklah di masjid.

Namun begitu, ada juga yang menggunakan kaedah mudah iaitu menerusi atas talian. Cuma, cara pembayaran begitu tidak ada salam dan lafaz seperti mana kalau kita bayar di kaunter. Sah ke macam tu? Boleh ke? Ikuti penjelasan daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini.


Artikel berkaitan : “Tak bayar Zakat sebab PKP bukan alasan ye” –  Mudah! Ini Cara Pembayaran Zakat Fitrah Sewaktu PKP

Artikel berkaitan : Ramai Yang Tak Tahu Tradisi Unik Hari Raya Dari 9 Negara Ni, Jom Kita Lihat…

“Yang sebetulnya tak wajib lafaz”

https://www.tiktok.com/@imanmutiaraa/video/7351597728574573831?_r=1&_t=ZS-8uXb5igFIYR

Menurut UAI, tanggapan bayaran zakat fitrah hanya sah jika seseorang itu melafazkannya tidak benar, sebaliknya ianya tidak wajib. Namun, apa yang wajib adalah niat.

“Contoh kita nak bayar seorang RM 10, isteri kita seorang RM 10, anak seorang RM 10, semua RM 30, ulamak kata kita ambil RM 30 bubuh dalam poket, maknanya kita dah pisahkan RM 30 tu untuk bayar zakat, sah dah niat.”

Jelasnya lagi, perkara yang wajib dilafazkan bukanlah zakat fitrah tetapi akad nikah. Bahkan, bersalaman ketika membayar zakat fitrah juga dianggap tidak wajib.

Jadi, lepasni jangan was-was kalau kita nak bayar zakat fitrah secara online.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.