in

“Yang Dekat Mata Tu Apa”- Anak-Anak Mengusik Si Ibu Terlupa Letak Mana Cermin Mata

Untitled Project 2024 04 21T154718.291

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila hari raya pastinya kaum hawa akan paling sibuk menyediakan juadah di awal pagi.

Kadang kala, kaum lelaki juga tidak perasan dengan keletihan yang dialami mereka kerana tidak menampakkan diri mereka letih ketika tetamu berkunjung ke rumah.


Satu video tular, seorang anak merekamkan gelagat ibunya yang sedang mencari cermin mata satu rumah.

Wanita itu bertanyakan kepada anaknya adakah ternampak cermin mata yang diletakkan di atas meja.

Anaknya hanya mampu ketawa kerana ibunya tidak perasaan cermin mata sudah dipakai.

Mungkin kerana terlalu sibuk melayan tetamu dan menyiapkan juadah sehingga terlupa.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ibu dan anak itu.

Wanita itu kemudian tersedar apabila diberitahu dan melihat dirinya dicermin sebelum ketawa.

Kalau dah penat dan sibuk, apa yang dipakai pun boleh lupa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.