in

“Ya, memang betul saya sudah berkahwin…” – Isteri Hamil 8 Bulan, Tajul Akhirnya Buka Mulut

Tajj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teka teki mengenai status perkahwinan penyanyi, Tajul Ariff akhirnya terjawab apabila dia secara terbuka telah membuat pengumuman menerusi rancangan Melodi dan mStar Online.


Tajul yang popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu mengesahkan telah menikahi isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017.

Menjelaskan perkara berkenaan, Tajul atau nama sebenarnya, tajul Ariff Noor Md Shari, 21, berkata dia mempunyai alasan tertentu berhubung tindakannya menyembunyikan statusnya daripada peminat.

Tajul
Sumber: era. Je

“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.

“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.

“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak. Kalau ikutkan, seluaruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini.

“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan,” katanya.

Sebelum ini sekeping gambar Tajul bersama isterinya viral beberapa hari lalu menyebabkan Tajul terpaksa membuka mulut.

Menerusi gambar berkenaan, Tajul dilihat sedang memegang perut seorang wanita yang didakwa Nurul Shamieza.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Tajul dan semoga Tajul menjadi ketua keluarga yang baik. Tahniah Tajul!

Baca: “Sebenarnya netizen ni bengap..!” – Tajul Dikecam Sebab Kurang Ajar

Tjl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.