in

“Ya allah sedihnyaaa”- [VIDEO] Berpisah Hampir Sebulan Akibat Wabak Covid-19, Jururawat Hanya Dapat Cium Anaknya Dari Pintu Kaca

Combine Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak Covid-19 masih lagi menjadi isu yang hangat diperkatakan pada masa kini. Langkah berjaga-jaga perlu diambil demi memastikan keselamatan dan kesihatan orang sekeliling terjamin.


Sesetengah pihak seperti doktor dan jururawat perlu mengasingkan diri daripada orang sekeliling untuk mengelak daripada berjangkit kepada orang lain.

Menurut Mirror, seorang jururawat hampir sebulan tidak berjumpa dengan anak lelakinya yang baru berusia setahun hanya menciumnya melalui pintu kaca kerana dikhuatiri dijangkiti koronavirus (Covid-19). Sedihnyaa. 

Anak 6

Chen Ruixue berkhidmat di salah sebuah hospital di Xinyang, China sejak wabak itu merebak.

Dia terpaksa berjauhan dengan anak lelakinya itu kerana perlu menangani wabak Covid-19 di Xinyang. Nak tengok video klik sini.

Beberapa hari lalu, dia pulang ke kediamannya untuk mengambil pakaian dan melihat anak lelakinya untuk melepas rindu. Ibu mana yang tak rindu dengan anak kan kalau dah hampir sebulan tak jumpa.

Kejadian itu sungguh menyentuh emosi kerana seorang ibu hanya dapat melepaskan rindu kepada anaknya hanya melalui pintu kaca.

Anak 4

Dia juga merupakan salah satu daripada ribuan jurururawat yang berkhidmat untuk menangani wabak Covid-19 yang menyerang daerah Wuhan di China.

Coro 2

Kerajaan China mengesahkan 433 kes baharu wabak Covid-19 dan 29 kes disahkan maut.

Apa-pun kena selalu pakai mask dan ambil langkah berjaga-jaga ye untuk elak daripada apa-apa jangkitan berlaku. 

Baca : “Kalau saja-saja nak pergi baik tak payah” – Situasi Sebenar Kes Coronavirus Di Jepun, Ikut Cerita Rakyat Malaysia Di Sana

Coro 1

 

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.