in

“Ya Allah aku nangis tgk dorang” – [VIDEO] Masih Kecil Tapi Jadi ‘Mak’ Jaga Adik-Adik Lepas Ibu Meninggal Keguguran

Ft Kakak Ganti Tugas Jaga Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan ibu memang paling memeritkan bagi setiap orang, apatah lagi apabila insan itu pergi buat selama-lamanya ketika anak masih kecil. Sebuah video yang viral di TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menggantikan tugas menjaga adik-beradiknya mendapat perhatian netizen.


Video itu dikongsikan pengguna TikTok, Salwa Naidin dan difahamkan kanak-kanak tersebut telah menerima kunjungan bagi mengagihkan pek daging korban di Sabah. Difahamkan, mereka baru saja kehilangan ibu tang meninggal dunia akibat keguguran.

Melalui video tersebut, boleh dilihat kanak-kanak perempuan itu tersenyum sebaik saja menerima daging terbabit dan dia kemudian terus membuka pek untuk panaskan lauk berkenaan sebelum menyuapkan makanan kepada adik-adiknya yang masih kecil.

@salwanaidin

Alhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. #qurban #aidiladha #fyp #fypage #malaysia

♬ original sound – Salwa Naidin – Salwa Naidin

Video tersebut meraih simpati ramai netizen yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu semua yang sudah ketiadaan insan bergelar ibu pada usia yang sangat muda.

Malah rauh wajah si kakak itu turut mengundang sebak kerana dilihat kuat serta tabah meskipun baru kematian ibu dan dilihat terselah sifat penyayangnya terhadap adik-adik. Ramai netizen di ruangan komen bertanyakan tentang keberadaan adik-beradik itu serta ada yang berniat untuk menjaga serta mengambil mereka sebagai anak angkat.

Komentiktok

Selain itu, ada juga netizen yang berharap agar pelajaran si kakak itu tidak terabai kerana berkorban menjaga adik-adik di masa akan datang.  Bagaimanapun, menurut Salwa mereka masih mempunyai ayah yang masih bekerja sebagai seorang nelayan dan kini dijaga oleh ibu saudara mereka.

@salwanaidin

Saya update sikit pasal kakak viral yg jaga adik beradik dia. #viral #tiktok #malaysia #fyp #fypシ #qurban

♬ original sound – Salwa Naidin – Salwa Naidin

Perkongsian Salwa menjadi viral di platform media sosial terutamanya Instagram dan menurutnya dia telah menerima banyak DM daripada ramai pihak yang mengambil berat tentang adik beradik tersebut.

Salwa turut mengajak orang ramai untuk berkongsi rezeki dengan keluarga itu dengan memberikan sumbangan melalui website yang disediakan di sini.

Baca: “70 tahun hidup bersama” – [VIDEO] Atuk Setia Tunggu Di Kubur Isteri, Enggan Ikut Bila Diajak Pulang

Fi Atok

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.