in

WHO Beri Amaran, COVID-19 Masuki Fasa Baru Lebih Berbahaya

Untitled Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa macam baru sangat lagi kita dapat merasa relax sikit sejak dah melalui hampir tiga bulan fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sekarang bolehlah pergi berjalan dekat-dekat dulu sambil bawa keluarga makan angin, cuma jangan lupa untuk amalkan kawalan kendiri.


Tapi, ketika hampir kebanyakan negara di dunia sedang mula melonggarkan perintah berkurung dan mahu menghidupkan semula aktiviti menjana ekonomi — Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan amaran terbaru.

Memetik laporan RT, dunia kini sudah mula memasuki fasa baharu dan berbahaya sambil memberi amaran — virus maut itu kini menular pada kadar yang lebih pantas berbanding sebelum ini.

86527

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan — pihaknya faham orang ramai sudah mula berasa bosan berkurung di rumah masing-masing, namun adalah penting untuk diingatkan bahawa COVID-19 masih menular dengan cepat.

Amaran itu dikeluarkan susulan peningkatan kes yang mencapai puncak baru, iaitu sebanyak 150,000 dalam tempoh sehari pada Khamis lepas — paling banyak direkodkan dalam sehari setakat ini.

Justeru beliau memberi amaran kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada amalan asas untuk memerangi virus tersebut, iaitu menjaga jarak sosial, memakai topeng muka dan menitikberatkan kebersihan diri pada setiap masa.

 

Baca: Covid-19 Tak Akan Hilang, Sentiasa Ada Macam Virus HIV – WHO

Qq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.