in

Covid-19 Tak Akan Hilang, Sentiasa Ada Macam Virus HIV – WHO

Covid 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pegawai kanan di Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata koronavirus baru atau Covid-19 tidak akan hilang namun sentiasa ada seperti virus HIV, lapor Metro.


Dr Mike Ryan yang bertanggungjawab berhubung isu kecemasan dengan badan dunia itu berkata demikian pada satu taklimat dalam talian.

Adalah penting untuk kita ingatkan: Virus ini adalah endemik di dalam komuniti. Ia mungkin tidak akan lenyap begitu sahaja.”

Saya fikir tiada jaminan dalam hal ini dan tiada tarikh (untuk virus itu lenyap). Ia akan mungkin menjadi masalah jangka panjang atau mungkin juga tidak.”

F2 Scaled

Dalam satu kenyataan lain, Ketua Saintis WHO berkata dunia memerlukan tempoh selama empat hingga lima tahun untuk mengawal Covid-19 dengan efektif.

Menurut Awani, Soumya Swaminathan berkata ada pelbagai faktor yang akan menentukan berapa lama dan sejauh mana virus ini akan kekal sebagai ancaman termasuk sama ada ia akan bermutasi atau tidak.

Saya boleh katakan dalam tempoh masa empat ke lima tahun, mungkin kita dapat mengawal pandemik ini.”

Covid1

Katanya, vaksin adalah cara terbaik untuk mengatasi virus ini namun masih banyak lagi ketidaktentuan tentang keberkesanan serta keselamatan vaksin tersebut.

Bukan itu saja, vaksin juga boleh hilang keberkesanan sekiranya virus itu bermutasi. Profesor Kesihatan Global di London School of Hygiene and Tropical Medicine, Peter Piot, juga setuju bahawa pengawalan virus ini bergantung kepada vaksin yang efektif.

Baca: Tunggu Vaksin Covid-19 Berhasil Ditemui Baru Semua Akan Kembali Normal – Saintis

Combine Vaksin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.