Syukur Alhamdulillah! Semalam, pelakon Ben Amir telah berkongsi momen indah seorang wanita yang dipercayai kekasihnya, Maiya memeluk agama Islam.
Ben atau nama penuhnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, dilihat memuat naik hantaran di Instagram mendoakan yang terbaik buat wanita yang berasal dari Filipina itu.
View this post on Instagram
Welcome to Islam. Luangkan masamu, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya dan ketahuilah bahawa anda tidak pernah keseorangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi anda. Semoga perjalanan ini membawamu lebih dekat kepada kedamaian, tujuan dan dirimu yang sebenar,” katanya.
Selain Ben, Maiya juga berkongsi momen berkenaan di laman media sosial miliknya dan meluahkan rasa syukur kerana urusannya dipermudahkan.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Aku bersyukur aku tak jual agamaku demi duit dan content” – Status Ben Amir Raih Sokongan Netizen
Artikel berkaitan: [VIDEO] “Hidayah datang tak kira masa” – Nak Masuk Islam, Wanita Minta Diajar Syahadah Sebelum Ditidurkan
Lafaz dua kalimah syahadah itu difahamkan dibuat di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur.
Rata-rata netizen di ruang komen mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar Maiya kekal istiqamah dalam mendalami agama Islam.
Ada juga berspekulasi bahawa Ben dan Maiya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

