in

Website iShareFans Lesap, Ramai Pengguna ‘Terciduk’ Lepas Tanggung Rugi Hampir RM20,000

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan keadaan ekonomi yang sedang merosot ni, ramai orang cuba untuk buat duit dan kalau cara tu mudah, lagilah ramai orang nak cuba.

Salah satunya adalah dengan menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai iSharefans di mana korang boleh menjana pendapatan hanya dengan like, subscribe dan screenshot posting yang disukai. Hanya dengan tiga langkah ini saja dikatakan korang boleh buat duit hingga ribuan ringgit sebulan!


Pun begitu, minggu lepas beberapa pengguna telah mendedahkan yang iShareFans hanyalah merupakan scam yang dibuat dengan tujuan untuk mengambil duit orang.

Image From Ios 22 Scaled 1

Macam mana dorang ambil duit orang?

Untuk dapatkan pendapatan yang banyak melalui platform ini, korang perlu keluarkan modal, lebih banyak modal dikeluarkan lagi banyaklah task yang korang akan dapat. Hm nak buat kerja pun kena keluar duit…

Ramai pengguna mendakwa yang mereka tak boleh nak keluarkan duit yang dorang dah dapat dari aplikasi tersebut.

Baru-baru ini pula, satu akaun Twitter, Pelabur Bijak telah kongsikan yang website iShareFans ni telah lesap malah ia turut dipadamkan dari server.

Jadi bayangkan berapa ramai orang yang kecewa bila nak masuk aplikasi tersebut, tiba-tiba dah tak ada dan pendapatan yang dorang dah kumpul pun lesap macam tu saja. Pishanggg

Namun, ada beberapa pengguna mengatakan yang laman web itu kini sedang dalam penyelenggaraan dan akan dinaikkan semula pada 12 Disember nanti.

Pun begitu ramai yang menasihatkan pengguna-pengguna iShareFans untuk berhenti mengharapkan laman web itu akan muncul semula.

Manakala Harian Metro melaporkan yang pihak polis telah pun menerima dua laporan mengenai pelaburan Like dan Kongsi yang melibatkan kerugian hampir RM20,000.

Siasatan menemui yang premis terlibat telah pun ditutup sejak 9 November dan pihak polis telah pun berjaya mengesan individu disebalik skim pelaburan ini.

Tak cukup dengan itu, pihak berkuasa turut meminta orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan janji-janji scammer untuk dapatkan duit dengan cara mudah.

Untuk yang tertipu, buatlah laporan polis supaya orang yang terlibat boleh dikenakan tindakan.

 

Baca: Emas Tak Dapat, RM 1 Juta Pula ‘Hangus’ – Warga Emas Kena ‘Scam’ Dalam Pelaburan Emas

Screenshot 2020 12 04 At 12.53.07 Pm

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.