in

Emas Tak Dapat, RM 1 Juta Pula ‘Hangus’ – Warga Emas Kena ‘Scam’ Dalam Pelaburan Emas

Ft Scam Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu scammers ini rasa-rasanya tidak akan pernah selesai dalam masyarakat walaupun kerap kali diingatkan oleh pihak polis dalam media dan sebagainya.


Masih ada lagi di antara kita yang terpedaya dengan modus operandi dan ‘taktik’ scammers ini yang tak jemu-jemu mengaut kekayaan dengan cara yang haram.

Terbaru, seorang warga emas dari Taiping ini pula dikatakan mengalami kerugian bernilai jutaan ringgit gara-gara terpedaya dengan scammer pelaburan emas!

 

Rugi RM1 juta gara-gara pelaburan emas

Baca Scam

Lapor Harian Metro, mangsa yang merupakan seorang pesara swasta telah mengalami kerugian lebih daripada RM 1 juta (RM1,177,950) gara-gara ditipu dalam pelaburan emas yang tiba-tiba ‘ghaib’!

Menurut Ketua Polis Derah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, warga emas yang berusia 60 tahun itu dikatakan telah berurusan dengan seorang wanita warga Singapura.

Wanita itu dikenalinya menerusi aplikasi janji temu secara online, OKCUPID dan menawarkan pelaburan emas yang dikenali sebagai Alpha Tradex.

 

Transfer duit dalam 8 akaun

Mangsa yang terpedaya kemudiannya telah memasukkan wang secara berperingkat ke dalam lapan akaun yang diberikan oleh suspek untuk tujuan pelaburan emas berkenaan.

Tambahnya lagi, hasil pelaburan yang ditawarkan oleh suspek kononnya boleh memperoleh keuntungan yang mencecah sehingga US$2,712,477.41 (RM11,278,353.54).

 

Dapat resit transaksi palsu

Mangsa yang ingin tunaikan wang keuntungan yang diperolehnya itu telah diberikan satu resit transaksi kemasukan wang ke dalam akaunnya oleh scammers berkenaan.

Namun, setelah semakan dibuat, mangsa mendapati tiada sesen pun wang dimasukkan ke dalam akaunnya sebelum dia bertindak untuk membuat semakan kali kedua di Ambank dan mendapati resit transaksi itu adalah palsu.

Lelaki berkenaan dikatakan telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tak habis lagi Macau Scam, muncul pula Emas Scam.

Baca: “Lagi-lagi kes scammer” – Peniaga Wanita Kerugian RM62 Ribu Ditipu Individu Dalam ‘Game Online’ Baca Scam Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.