in

PDRM Minta Orang Ramai Waspada Taktik Scam Guna Iklan ‘Jawatan Kosong’

Feature Image Online Scam Negeri Sembilan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan baru-baru ini mendedahkan wujudnya sebuah taktik baru kegiatan penipuan atau scam yang melibatkan sindiket menggunakan iklan kerja kosong kepada sebuah laman web e-dagang terkenal.



Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan,  Supt Aibee Ab Ghani berkata, sepanjang tempoh dari bulan Februari hingga Julai lalu, sebanyak 25 kertas siasatan dibuka melibatkan jenayah tersebut.

Difahamkan, jumlah kerugian dilaporkan mencecah RM570,000 dengan kerugian tertinggi yang direkodkan adalah RM138,000.

Igp Negeri Sembilan Aibee Ab Ghani

Tambah beliau lagi, modus operandi yang digunakan sindiket terbabit adalah dengan menawarkan jawatan kosong sepenuh masa atau separuh masa di syarikat e-dagang tersebut dan ianya disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, Facebook dan juga Instagram.

Apa yang berlaku adalah, mangsa akan menerima sebuah pautan yang menggunakan logo laman web terkenal berkenaan.

“Suspek kemudian akan menghubungi mangsa dan memberikan tugasan yang perlu diselesaikan selain menjanjikan pulangan sebanyak 10 peratus terhadap modal yang dikeluarkan”, tambah beliau lagi.

Online Scam Text Message

Difahamkan, mangsa perlu membeli dahulu sesebuah produk mengikut kuantiti yang diberikan oleh suspek sebelum dijanjikan pulangan wang serta komisyen selepas setiap jualan yang berjaya diperolehi.

“Mangsa akan dikehendaki untuk memasukkan sejumlah wang ke akaun peribadi atau syarikat yang diberikan suspek”  

Tambah Aibee lagi, pada peringkat awal, mangsa akan menerima wang pulangan serta komisyen seperti yang dijanjikan. Namun begitu, penipuan akan berlaku apabila mangsa memasukkan jumlah yang banyak yang mana suspek akan melarikan diri selain bertindak untuk menyekat panggilan serta tidak dapat dihubungi oleh mangsa.

Menurut laporan, kes terbaru melibatkan seorang wanita berusia 33 tahun yang mendakwa telah kerugian RM10,049 selepas tertipu dengan iklan tawaran jawatan kosong separuh masa yang memerlukan mangsa mempromosikan barangan dari platform e-dagang tersebut di Facebook.

Dalam masa yang sama, pihak PDRM ingin mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan taktik licik ini dan menyemak dahulu nombor telefon atau akaun bank di laman web Semak Mule. Sebagai contoh, nombor scammer diatas, dimasukkan kedalam laman web PDRM tersebut, ternyata ada satu laporan telah dibuat.

Semak Mule Sample Search

Untuk pengetahuan, kes yang sama pernah dilaporkan oleh PDRM kontingen Selangor pada April lalu selain taktik yang sama juga pernah didedahkan oleh World Of Buzz.

Sumber : Daily Express

Baca : Lelaki Sangka Dah Kena Scam di Shopee, Rupa-rupanya Dapat Tahu Budak 11 Tahun Baru Mula Meniaga

Scam Shopee

Sumber: PressReader
Sumber: WOB
Sumber: Semak Mule

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.