in

Warganet Bingung Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us, Mana SOP?

Cats 6 E1647138555916

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pusat beli belah Pavilion di Bukit Jalil secara rasminya telah dibuka kepada umum beberapa hari lalu. Melihatkan perkongsian warganet di media sosial, Pavilion Bukit Jalil nampak mewah dan dikunjungi ramai pada hari pembukaan.


Untuk rekod, Toys “R” Us merupakan antara kedai yang dibuka di pusat beli-belah baharu ini. Menerusi satu perkongsian di Facebook, mereka ada menawarkan potongan harga sehingga 60% untuk barangan tertentu.

Quick, join us now at Pavilion Bukit Jalil for our new store opening! Up to 60% off opening promotion and meet & greet with Geoffrey are waiting for you! What are you waiting for? Meet you there!

Posted by Toys"R"Us Malaysia on Thursday, December 2, 2021

Bagaimanapun, berlaku satu kejadian yang kurang disenangi warganet apabila sekumpulan orang dewasa dilihat berebut Hot Wheels tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Menerusi perkongsian penguna Facebook Saravanan Kumar, lelaki ini memuat naik beberapa keping gambar yang memperlihatkan gelagat pengumpul Hot Wheels yang dilihat berebut mainan itu di situ.

2 5

3 2

Di saat orang ramai mula risau dengan penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan, keadaan seperti ini boleh mengundang padah dan dikhuatiri akan memberi padah kepada orang sekeliling.

Hantaran yang dikongsikan di Facebook Hot Wheels Trade & Sell turut mendapat perhatian ahli kumpulan itu yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakan golongan tersebut yang tidak menjaga penjarakan sosial.

Malah, ada juga yang mendakwa tiada model istimewa pun yang ditawarkan pada hari pembukaan Toys “R” Us.

Xxx

Meskipun setiap orang ada minat mereka yang tersendiri, jangan pula kita abaikan SOP kerana wabak ini masih belum tewas.

Kredit: Saravanan Kumar

BACA: Ingatkan Mainan! Wanita Terkejut Jumpa Ular Sawa Ketika Beli-Belah Di Australia

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.