in

Rangkaian Jenama Besar Mula Hentikan Operasi Di Russia, Bakal Sebabkan Kerugian Besar

Jenama Besar Tutup Operasi Di Russia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atas dasar kemanusiaan dan usaha bagi menekan Russia agar menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine, beberapa jenama ikonik barat telah bertindak untuk menghentikan operasi mereka di negara tersebut.


Setakat ini, menurut laporan antara jenama yang turut serta dalam ‘tekanan’ tersebut termasuklah McDonald’s, Starbucks, Pepsi dan Coca-Cola.

Semalam, syarikat pengeluar minuman terbesar dunia, PepsiCo mengumumkan syarikat mereka akan menghentikan segala bentuk penjualan serta pengiklanan di Russia selepas pengumuman yang sama dilakukan oleh rival mereka iaitu Coca-Cola.

Mcdonalds

Selain dua syarikat berkenaan, difahamkan rangkaian makanan segera terkenal, McDonald’s yang mempunyai 850 buah restoran di negara berkenaan turut hentikan operasi mereka buat sementara waktu.

Walaupun perkara ini nampak seakan-akan perkara kecil, namun penutupan rangkaian restoran ini dianggarkan akan menyebabkan Russia kerugian hampir 2 billion USD. Ini kerana, laporan tahunan syarikat berkenaan menyatakan bahawa 9 peratus keuntungan mereka datang dari 2 buah negara terbabit iaitu Russia dan Ukraine.

Kalau nak diikutkan, sambutan orang Russia terhadap McDonald’s sangat menggalakkan kerana pada pembukaan pertama cawangannya di Moscow pada tahun 1990, anggaran seramai 38,000 warga negara berkenaan telah beratur selama beberapa jam hanya untuk menikmati burger ikonik restoran berkenaan iaitu BigMac.

Selain McD, Starbucks juga dilaporkan akan menghentikan semua aktiviti perniagaan di Russia termasuklah pengeksportan produk dan operasi kafe mereka yang dikendalikan oleh kesemua pemegang lesen syarikat berkenaan.

Surat Starbucks Tutup

Syarikat yang mengendalikan hampir 100 kafe Starbucks di Russia, Alshaya Group yang berpangkalan di Kuwait ini turut mengambil pendekatan yang sama iaitu meneruskan pembayaran gaji kepada lebih 2,000 orang pekerja mereka yang bergantung hidup dengan kafe berkenaan.

Untuk kes Pepsi pula, difahamkan walaupun tidak menutup keseluruhan operasi, mereka akan hentikan penjualan jenamanya, pelaburan modal dan semua pengiklanan di Russia sementara waktu dan ini difahamkan akan melibatkan sekitar 60,000.

Dalam masa yang sama, PepsiCo difahamkan masih menjual produk keperluan harian yang dikeluarkan oleh mereka termasuk barangan keperluan bayi, susu formula dan makanan untuk bayi.

Im 498529

Tindakan menghentikan operasi di Russia sebelum ini juga telah dilakukan oleh beberapa jenama besar lain termasuklah Netflix, Levi’s, Burberry, Ikea dan Unilever, pemilik jenama Marmite serta Ben & Jerry’s. 

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine ni secara tak langsung telah mengubah dunia secara mendadak tau. Sehingga hari ini, kira-kira dua juta orang telah melarikan diri.

Baca : TikTok Umum Gantung Perkhidmatan Di Rusia, Ingin Hentikan Penyebaran ‘Fake News’

Untitled Design 2022 03 08T160459.879

Sumber: Starbucks
Sumber: WSJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.