Seorang lelaki warga Pakistan dipukul penduduk apabila dipercayai cuba mencabul seorang remaja wanita perempuan. Kejadian dipercayai terjadi ketika suspek sedang menjual aiskrim kepada mangsa dan adiknya di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Menurut laporan, dalam kejadian jam 4.45 petang itu, remaja wanita berusia 14 tahun itu bersama adik perempuannya yang berusia enam tahun sedang membeli aiskrim yang dijual oleh lelaki Pakistan tersebut di hadapan rumah mereka.
Ketika mangsa sedang memilih aiskrim untuk dibeli, suspek secara tiba-tiba memegang bahu mangsa sehingga menyebabkan mangsa terkejut dan mengundurkan diri ke belakang.
Namun, mangsa masih meneruskan pembelian dan memilih aiskrim yang diingini, apabila suspek secara tiba-tiba memegang tangan mangsa dan cuba untuk menciumnya ketika proses pembayaran.
Remaja wanita yang ketakutan itu terus berlari masuk ke kawasan rumahnya sebelum menutup pintu pagar. Insiden itu diceritakan kepada ahli keluarganya dan akhirnya lelaki Pakistan itu dipukul orang awam yang marah dengan perbuatan keji suspek.
Insiden ini dilaporkan kepada pihak polis, namun polis mendapati suspek sudah pun cedera di bahagian mulut apabila tiba di tempat kejadian. Suspek dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan susulan sebelum ditahan bagi membantu siasatan.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Imigresen 1959 kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah.
Berikut adalah video kejadian yang dirakam oleh orang awam:
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1317375888300724225
Sumber: Metro
BACA: Lebih 30 Peratus Juruterbang Pakistan Miliki Lesen ‘Terbang’