in

Warga Nepal Disyaki Liw*t Kucing Sebelum Campak Dari Tingkat 4 Ditahan Polis

warga nepal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu tindakan kejam terhadap haiwan menggemparkan penduduk sebuah pangsapuri di Kota Kemuning apabila seorang lelaki warga Nepal ditahan kerana disyaki meliwat seekor kucing sebelum mencampaknya dari aras empat bangunan tersebut.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt. Ramsay Anak Embol, pihaknya menerima laporan daripada seorang penghuni yang ternampak lelaki itu dalam keadaan bogel bersama seekor kucing kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 15 November lalu.


Pengadu yang baru tiba di kediaman bersama suaminya melihat suspek bertindak mencurigakan dari dalam kereta.

Suaminya kemudian naik untuk menegur perbuatan suspek, namun lelaki itu bertindak lebih kejam apabila terus mencampakkan kucing malang itu ke bawah sebelum melarikan diri.

Kejadian tersebut turut sempat dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbit.

Artikel berkaitan: Calon PhD Di Switzerland Makan Makanan Kucing Untuk Jimat

Artikel berkaitan: YouTuber Ini Bina Stesen Kereta Api Mini Untuk Kucing Peliharaan

warga nepal
Gambar hiasan

Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan pada jam 4.45 pagi hari yang sama.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana persetubuhan luar tabii dengan haiwan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh atau mencederakan haiwan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda.

Warga Nepal itu kemudian direman lima hari dari 15 hingga 19 November bagi membantu siasatan.

Polis turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.