in

Warden Pusat Pemulihan ‘Bantai’ Remaja Sampai Muka Berbilai, Kulit Kepala Koyak?

Pemulihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa ngilu pula bila tengok gambar ni, menurut ibu mangsa Rose Nurfiss, anaknya yang dihantar di sebuah pusat pemulihan ini telah dibelasah teruk oleh warden asrama di tersebut.


Tambahnya lagi, tempoh anaknya menjalani sesi akhlak pemulihan disitu tak sampai 2 bulan lagi! Difahamkan, anaknya sampai lari namun diambil semula oleh pihak asrama.

 

Yuran RM3300, bulanan RM650

47000961 1963850753736297 5788471482317275136 N

46900463 1963850540402985 1774864663494787072 N 46787328 1963850643736308 5993540013034307584 N 46844869 1963850690402970 8845356537611288576 N

“SENTUHAN KASIH MURABBI…TERSENTUH HATI BILA BUAT MCM NI…YURAN RM3300 BULANAN RM 650..
BARU SEBULAN LEBIH KT SINI..AGAK-AGAK 2 BULAN 3 BULAN BOLEH MENTAL TAK BUDAK2 NI..MOHON PERGI JENGUK SAT SAPA2 YG ADA HANTAR ANAK KAT SINI …”

Sebagai seorang ibu sudah semestinya tak sanggup melihat anaknya sedemikian rupa, muka dan badan berbilai malah kepala pula kena jahit.

Jadi, ibunya membuat laporan polis berhubung dengan isu berkenaan. Katanya sampai tak dibenarkan jumpa anak.

 

Kronologi cerita

46889873 1963850273736345 7286160027637776384 N 2

Menerusi laporan tersebut, dia mendapat panggilan daripada pihak warden bahawa anak dan rakannya dikatakan telah lari dari pusat pemulihan bersama rakan. Mereka lari kerumah kakak ipar  untuk bersembunyi. Dia memberitahu kepada pihak warden dan mereka dalam perjalanan ke lokasi tersebut.

Ketika anak mereka telah berjaya ditangkap semula, kakak ipar memaklumkan kepadanya bahawa warden mengambilnya semasa mereka sedang tidur dengan cara masuk kerumah dengan memakai kasut dan terus gari tangan mereka berdua.

Mereka dipukul pada bahagian muka, belakang badan sehingga cedera dan berbirat dan terus heret masuk kedalam van. Ketika dia ke pusat pemulihaan untuk menjenguk anaknya, pihak warden tak membenarkannya dan hanya menunggu di hadapan pintu pejabat.

Dia dapati anaknya cedera dan terdapat kesan pukul di badan. Keadaan menjadi semakin tegang apabila dia bertelagah dengan pihak pengurusan pusat pemulihan kerana ingin membawa anaknya keluar.

 

Hanya Fitnah?

Pusatpemulihan Pusatpemulihan2 Pusatpemulihan3 Pusatpemulihan4

Sudah semestinya siu ini mendapat perhatian netizen, kebanyakan mengecam pusat tahfiz tersebut, namun ada segelintir pihak mendakwa bahawa kejadian ini hanyalah fitnah semata-mata? Bagaimanapun si ibu ini tampil menegakkan kebenaran dan menunjukkan bukti-bukti lain.

46830953 1965078606946845 1102883288772509696 N
Sumber : facebook

Macam-macam lagi andaian yang diterima, ada yang menjelaskan bahawa itu adalah sikap dariapada penghuni yang bergaduh. Tapi bila dilihat balik, ibunya berani tampilkan bukti. Hmm, apapun tunggu je lah cerita selanjutnya.

 

Baca : “Bu kawan Shahir di mana?” – Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Masih Tidak Tahu Rakan Terkorban

Shahir 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.