in

Wanita Tular ‘Melayan’ Mat Rempit Kecewa, Terpaksa Kerja Di Dapur Lepas Insiden Viral

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat, bulan lepas tular satu video menunjukkan seorang pelayan gerai air buah telah diganggu dan dipeluk oleh sekumpulan lelaki yang mengunjungi kedai yang terletak di Terengganu itu.


Tindakan ini jelasnya telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen sehinggakan wanita ini turut dikecam kerana didakwa sengaja membiarkan dirinya dipeluk sedemikian.

Ekoran kejadian ini, pelayan wanita yang dikenali sebagai Darlene kini dikatakan terpaksa melakukan tugas di dapur dan kaunter bagi mengelak pisang berbuah dua kali, lapor Utusan.

Whatsapp Image 2022 08 10 At 12.11.52 Pm 1024X766 1

Jelas Darlene, dia kini tidak lagi menjadi pelayan kerana tak mahu bagi peluang kepada pelanggan yang sengaja mahu mengambil kesempatan terhadapnya atau berkelakukan tak senonoh sehingga dia menjadi mangsa cemuhan orang ramai.

Sekarang, saya lebih banyak berada di dapur dan kaunter kerana bimbang ada pihak mengambil kesempatan dan curi-curi mengambil gambar dan video.”

Darlene turut menceritakan, sejak video tersebut tular, ramai orang yang sengaja datang ke kedainya untuk mengecam dan mengejinya.

Sejak isu tular terbabit, ramai yang datang ke kedai ini semata-mata mahu menghamburkan cacian serta makian kepada saya. Namun tidak kurang juga yang memberi sokongan moral.”

Aksi Peluk Kedai Makan 060722 1 672X420 1

Malah ketika video tersebut tular, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) turut menyerbu kedai makan tersebut dan Darlene perlu disiasat walaupun selepas memberi keterangan mengatakan bahawa dia hanyalah mangsa keadaan.

Wanita ini juga turut terkilan kerana tindakan yang sama tidak diambil ke atas lelaki yang telah berkelakuan tak senonoh ke atasnya.

Tetapi saya rasa tidak adil kerana tindakan juga wajar diambil terhadap lelaki-lelaki yang terlibat dalam video tular itu dan bukan saya seorang.”

Menurut Darlene, pendakwaan kes video tular itu dijangkakan akan dibuat di Mahkamah Syariah, Kuala Terengganu pada September depan dan wanita ini berhasrat untuk mendapatkan khidmat guaman bagi menguruskan kes tersebut.

Harapnya urusan Darlene dipermudahkan…

 

Baca: “Dunia makin parah” – Sekumpulan Lelaki ‘Selamba’ Peluk Pelayan Wanita Undang Kecaman

Page Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.