Kerap kali juga kita diingatkan supaya jangan memegang telefon ketika tengah hujan lebat ataupun kilat sedang sabung menyabung. Namun kerap kali juga kita buat tidak kisah sehingga sesuatu yang buruk menimpa seperti apa yang dialami wanita ini.
Melalui perkongsian di Facebook, Nik Nur Fila menceritakan pengalamannya memegang telefon pintar ketika petir menyambar di kawasan rumah sehingga tubuhnya melambung malam semalam.
Menurut Nik, dia yang baru saja berkesempatan memegang telefon selama lima minit oleh kerana terlalu sibuk menjaga anak yang demam telah terbaca sebuah berita mengenai seorang sahabat yang baru meninggal dunia.
Apabila dia mula berkira-kira untuk membalas komen di Facebook mengenai hal itu, petir tiba-tiba saja menyambar dan seluruh rumahnya terus blackout. Alamak!
Pun begitu, bukan itu saja yang berlaku. Nik yang seberat 77 kg telah melambung dari satu bucu katil ke bucu katil lain. Malah plug telefonnya juga hangus dan skrin telefon tersebut retak. Selain itu, dinding rumahnya juga retak seperti telah terjadinya gempa bumi. Biar betul?!
Sakitnya jangan cakaplah. Menangis sampai hilang suara, telinga berdesing, kepala bengang, tangan kanan kebas sehingga sekarang dan sendi semua sengal.”
Malah traumanya masih ada sehingga kini sehinggakan saat dia menulis perkongsian tersebut, tangannya masih terketar-ketar dan terasa takut hendak memegang telefon.
Bagi mereka yang tidak boleh berenggang dengan telefon pintar, Nik menasihatkan supaya berhentilah bermain dengan telefon apabila hujan lebat. Mana-mana plug yang tidak digunakan juga hendaklah dicabut untuk mengelakkan dari tangan yang basah terkena renjatan elektrik saat memegang plug tersebut pada waktu hujan.
Menurutnya lagi, adalah lebih elok jikalau jangan memegang telefon langsung ketika ia sedang dicas dan sewaktu hujan lebat. Trauma betul ni…
Sentiasa berhati-hati ketika menggunakan telefon pintar sewaktu cuaca buruk. Dah banyak dah kes yang seumpamanya berlaku tau!