in

Khairulaming Buat ‘Live Streaming’ Di Tengah Laut Perairan Sabah Bersama 30 Kru

Syaz Ft 67

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan dan pencipta kandungan popular, Khairulaming, sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila membuat kelainan luar biasa dengan mengadakan sesi live streaming di tengah-tengah laut perairan Sabah.

Menerusi hantaran di media sosialnya, Khairulaming memaklumkan bahawa projek mega itu telah dirancang berbulan-bulan lamanya bagi memastikan kelancaran siaran langsung berkenaan.


Bagi menjayakan sesi tersebut, Khairulaming membawa seramai 30 orang kru tenaga kerja yang merangkumi pelbagai tugasan teknikal dan kreatif.

Artikel berkaitan: Khairul Aming Menangis Cerita Jatuh Bangun Dalam Bisnes, Teringat Saat Tak Mampu Bantu Arwah Ayah Yang Sakit

Artikel berkaitan: “Baru semangat nak battle” – Isu ‘Scalper’ Rembayung, Khairul Aming Umum Bakal Tukar Sistem Booking

 

View on Threads

 

“Berbulan planning, 3 bot besar untuk angkat barang camera, floor manager, soundman, drone pilot, videographer, technician, cooking crew, semuanya turun padang hari ni,” katanya.

Beliau turut memuat naik perkembangan terbaharu memperlihatkan sebuah kapal layar (yacht) yang tiba di lokasi sebelum mereka mula belayar di perairan berkenaan.

Restock 300,000 Botol Sambal Bilis & Pertunjukan Malam

Sesi siaran langsung di atas kapal tersebut dijadualkan berlangsung sehingga waktu matahari terbenam (sunset), sebelum diteruskan dengan acara cooking show dan fire show pada sebelah malam.

Kelainan ini dibawakan khas bersempena penstriman di platform Shopee pada jam 3.30 petang, di mana sebanyak 300,000 botol Sambal Bilis keluaran syarikatnya akan ditambah stok (restock) untuk jualan.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.