in

Wanita Terpaksa Lahirkan Anak Sorang Diri Sementara Teman Lelaki Pergi Vacay Dengan Wanita Lain

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah curang dengan pasangan memang akan buat orang yang dengar marah. Tapi, ia boleh buat orang tambah marah dan meluat bila tinggalkan pasangan tengah mengandung sebab nak keluar berjoli dengan perempuan lain.


Menurut Mirror, Peter O’Neill tinggalkan kekasihnya yang sedang sarat mengandung supaya dia boleh pergi bercuti ke Dubai dengan wanita lain.

0 Pay Peterandjoseph3 Copy
Sumber: mirror

Ceritanya, Sarah bertemu dengan Peter semasa dia sedang bawa anjingnya keluar berjalan. Kerana Peter sangat straight forward dan kelakar, wanita ini mudah terpikat dengan lelaki ini.

Tak lama selepas hubungan mereka menjadi lebih serius, Sarah mendapat tahu yang dia mengandung.

“Kandungan ini tak dirancang, tapi bila saya beritahu Peter, dia sangat excited dan mengatakan dia mahukan bayi ini.”

Sarah sangat gembira sepanjang proses kehamilan dan Peter sentiasa berada disisinya pada sepanjang tempoh itu.

Namun, beberapa minggu sebelum Sarah melahirkan anak lelaki mereka, Peter tiba-tiba menghilangkan diri. Panggilan telefon dan mesej tak berjawab.

Sarah kemudian menelefon ibu Peter, tapi ibunya juga tak tahu di mana anaknya dan hanya mengatakan lelaki ini sibuk dengan kerja.

Sarah tak faham kenapa Peter menghilangkan diri sedangkan hubungan mereka baik-baik saja dan mereka tak ada bergaduh pun. Kerana stress dengan “kehilangan” Peter, Sarah melahirkan anaknya 9 hari lebih awal dari due date.

0 Pay Birth Copy
Sumber: mirror

Lepas tiga hari anak saya lahir, baru Peter muncul semula.”

Apabila Peter muncul semula, kulitnya kelihatan lebih gelap dari biasa. Dia juga mengatakan yang telefonnya rosak dan dia “sibuk dengan kerja.”

“Saya tahu yang saya memang tak patut ambil tahu pasal dia lagi. Tapi saya macam tak percaya dia senang-senang je muncul balik untuk tengok anaknya lepas hilang tanpa dikesan berhari-hari siap dengan kulit berubah warna.”

Tak puas hati dengan penjelasan Peter, Sarah akhirnya menemui gambar teman lelakinya ini di Facebook page seorang wanita bernama Nicola.

Dia kemudian menghantar mesej kepada wanita tersebut, tetapi Nicola memberitahu yang dia tak tahu tentang kewujudan Sarah mahupun bayi tersebut dan dia dah bersama dengan Peter sebelum Sarah bertemu dengan Peter lagi. Pulakkk

0 Pay Sarahandjoseph Copy
Sumber: mirror

Sarah kini dah meninggalkan lelaki tersebut. Namun, Peter memberitahu media tempatan, yang dia tak pernah ada hubungan dengan Sarah.

“Saya dengan Nicola. Kemudian, saya berpisah dengan Nicola. Saya jumpa Sarah, tidur dengan Sarah dan seminggu kemudian, saya bersama balik dengan Nicola.

“Tapi, saya tak pernah bercinta dengan Sarah.” 

Senang je, dah kantoi lepastu cakap tak pernah ada hubungan pulak. Habis perempuan tu mengandung bukan anak kau ke?

 

Baca: “Kau tu kotor, jijik, cacat” – Suami Curang Lepas Muka Isteri Hancur Akibat Kemalangan Motosikal

Screenshot 2019 05 08 At 12.02.21 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.