Seorang ibu tidak sempat meratap wajah bayi kecilnya selepas satu kejadian malang berlaku di hospital. Menurut Asahi, wanita berusia 36 tahun itu telah dimasukkan ke Hospital Saitama Red Cross di Jepun pada 18 Mac 2019.
Keesokan hari,ketika dalam bilik bersalin dia pergi ke tandas sebab nak terkencing selepas dapat izin doktor. Tapi, tanpa dia sedar dia telah melahirkan bayi dalam kandungannya yang baru berusia 14 minggu ketika duduk di mangkuk tandas.
Selepas itu, dia berpindah ke bilik lain tapi malangnya seorang tukang cuci tanpa sengaja telah mengepam bayi tersebut yang ada dalam mangkuk tandas berkenaan. Wanita berkenaan ditemani suaminya kemudian kembali semula ke bilik bersalin dan terdengar bunyi ‘flush’ diiringi dengan suara jeritan kakitangan hospital.
Selepas mendapat tahu kejadian malang itu, pihak hospital membuat permohonan maaf kepada wanita tersebut dan keluarganya. Mereka juga berjanji akan mengambil langkah pencegahan agar insiden sebegitu tak berulang lagi. Selain tu, manual untuk kakitangan pembersihan juga akan disemak semula.
Menurut suaminya, wanita itu kini masih dalam trauma dan sedih apabila mengingati peristiwa hitam berkenaan. Difahamkan, sebelum kejadian pasangan itu mengharapkan agar mereka dapat menamakan bayi dan menyimpan gambar serta cap jari sebagai kenangan.
Isteri saya trauma dengan bunyi ‘flush’ tandas, saya tidak mahu kejadian serupa berlaku lagi.”
Sebagai seorang ibu, admin turut bersimpati dan harap wanita tu cepat sembuh dari trauma…
Baca: Ibu Terpaksa Bersalin Sendiri Sebab Staf Hospital Sibuk