in

Wanita Tempah Hotel di Thailand Melalui Agoda, Bila Sampai Lokasi Rupa-rupanya…..

Hotel Bangkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini, proses menempah hotel telah menjadi lebih mudah dengan adanya laman sesawang yang telah siap menyenaraikan pelbagai hotel di merata dunia untuk dipilih pengguna. Namun, pengguna perlulah sentiasa berhati-hati dalam menggunakan laman sesawang seperti ini.

Menurut Coconuts, seorang wanita Thailand, Sulawan Luckchonlatee telah menempah hotel yang tidak wujud! Macam mana tu


Sulawan menceritakan bahawa dia dengan tidak sengaja telah menempah hotel melalui laman sesawang Agoda. Katanya, sewaktu sedang menggunakan laman itu, dia dengan tidak sengaja tertekan butang tempahan untuk sebuah hotel yang berharga THB160,000 iaitu kira-kira RM20,000 untuk dua malam.

Agoda7
gambar hiasan

Memandangkan dia memang pengguna laman itu dan pernah mendaftarkan kad kreditnya, tempahan hotel tersebut secara automatiknya telah disahkan dan duitnya telah ditolak daripada kad kredit. Disebabkan itu, dia kemudian menghubungi pihak Agoda untuk meminta bayaran balik.

Agoda6
sumber: coconuts

Walau bagaimanapun, Agoda enggan menuruti permintaannya dan apabila diminta nombor telefon hotel tersebut, mereka memberitahu bahawa itu adalah maklumat sulit klien yang tidak dapat mereka dedahkan.

Tidak puas hati dengan pihak Agoda, Sulawan membuka laman sesawang hotel tersebut dan terkejut apabila mendapati hotel itu tidak mempunyai alamat yang lengkap. Bukan itu sahaja, gambar hotel berkenaan juga dipercayai diambil daripada tempat lain.

Agoda5
sumber: coconuts

Sulawan kemudian mengambil keputusan untuk mencari sendiri hotel berkenaan berdasarkan lokasi yang telah ditunjuk di Agoda, namun tidak dapat menjumpai hotel tersebut.

Saya pergi ke hotel tersebut, tetapi ia bukan hotel. Ianya merupakan rumah persendirian.”

Agoda1
sumber: khaosod english
Agoda2
sumber: khaosod english

Difahamkan Sulawan telah meminta bantuan daripada Pejabat Perlindungan Pengguna Thailand bagi mendapatkan semula bayaran yang telah ditolak daripada kad kreditnya bagi tempahan hotel tersebut.

Difahamkan, Agoda dilaporkan telah pun bersetuju untuk memulangkan semula duit Sulawan dalam masa 10 hari. Netizen yang mendapat tahu tentang apa yang menimpa Sulawan rata-rata tidak puas hati dengan insiden ini dan meminta pihak Agoda supaya lebih berhati-hati dengan hotel yang disertakan di dalam laman sesawang mereka. Betul tu!

Harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan hotel tersebut daripada laman sesawang mereka.

Baca: Wanita Dedah Ditipu RM140,000 Dalam Urusan Beli Rumah Mampu Milik di Johor

Agoda 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.