in

Wanita Taiwan Dedah Pengalaman Pahit Ketika Ditahan Pegawai Imigresen di KLIA

Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 9 Mac lalu, seorang wanita dari Taiwan yang tiba di Malaysia tidak dibenarkan masuk ketika di lapangan terbang kerana pasportnya dikatakan tidak boleh diguna pakai. Wanita itu kemudian ditahan selama 35 jam sebelum dihantar pulang ke Taiwan pada 11 Mac.

Dalam sidang akhbar bersama media, wanita berkenaan menangis ketika teringat kembali mimpi ngeri yang dialaminya ketika ditahan di lounge KLIA.


W
sumber: news. Ebc

Wanita bernama Qiao Mei itu turut menceritakan pengalaman pahitnya di Facebook yang kemudian menjadi viral.

Melalui status itu, Qiao menulis:

“Selepas keluar dari pesawat pada 9 Mac jam 8.30 malam, saya beratur untuk mendapat cop untuk pasport. Ketika tiba giliran saya, pegawai itu berkata pasport saya sudah rosak, jadi saya tidak boleh masuk ke Malaysia. Lelaki itu meminta saya untuk tunggu sementara dia pergi bertanya tentang hal itu.”

W1
sumber: news. Ebc
W2
sumber: news. Ebc

Ketika pegawai itu bertanya mengapa pasport itu rosak, Qiao menjawab,

“Ketika saya berada di Jepun, borang bebas cukai yang tercantum dengan pasport saya ditarik oleh pegawai kastam di Jepun sewaktu saya mahu pulang ke Taiwan. Proses itu menyebabkan pasport saya terkoyak.”

Screen Shot 2017 03 16 At 5.35.06 Pm
sumber: news. Ebc

Pegawai itu kemudian memintanya untuk pergi ke pejabat di mana dia kemudian perlu menerangkan hal yang sama semula kepada pegawai-pegawai yang lain.

“Menurut mereka Malaysia tidak menerima pasport yang sebegitu jadi mereka rampas pasport saya dan minta saya untuk masuk ke satu bilik yang lain di dalam pejabat.”

“Setelah masuk, telefon bimbit saya turut dirampas dan bagasi saya diletakkan di bilik kecil di belakang. Saya kemudian meletakkan baju sejuk di bagasi, seorang pengawai lelaki yang garang melemparkan pakaian itu kepada saya sebelum campak bagasi saya di rak.”

“Pegawai itu kemudian meminta wang dari saya. Saya tidak mahu memberikan wang kepadanya jadi saya berpura-pura tidak faham apa yang diperkatakan. Seorang pegawai wanita kemudian tiba dan minta saya untuk simpan duit saya di dalam poket.”

“Pegawai itu mahu membawa saya kembali ke lounge tetapi saya tidak mahu. Kemudian, pegawai lelaki itu menunjukkan isyarat bahawa dia akan menggari saya jika saya enggan patuh pada arahan mereka.”

Menurut Qiao, lounge di mana dia ditempatkan itu gelap dan lampu samar samar manakala tandas juga kotor dan tidak mempunyai pintu.

Seorang lagi warganegara Taiwan turut berada di situ bersamanya. Menurut Qiao, wanita itu tersalah memberi tiket penerbangan lama kepada pegawai tersebut, jadi pegawai itu beranggapan wanita berkenaan telah menetap di Malaysia dan tidak pulang ke negaranya selama satu tahun.

Bagaimanapun, selepas menunjukkan tiket penerbangan yang sebenar, pegawai itu tidak mahu menerima, malah tidak memberikan wanita itu peluang untuk menjelaskannya.

“Selama 35 jam itu, ramai orang keluar dan masuk. Pegawai-pegawai itu semua secara terang-terangan meminta RM1000 daripada kami jika mahu dibebaskan lebih awal. Terdapat banyak lukisan di dinding dan salah satunya adalah tulisan: ‘Jangan beri mereka wang, mereka semua adalah penipu.’

“Jadi saya tidak memberi rasuah kepada mereka dan menunggu sehingga keesokan hari, pada waktu petang. Saya bertanya bila saya akan dibenarkan pulang, mereka hanya memberitahu saya perlu tunggu hingga pagi hari berikutnya.”

“Saya bertanya: ‘Adakah saya akan naik penerbangan jam 10 pagi esok?’ Pegawai itu tenung muka saya beberapa saat dan beritahu penerbangan saya dijadualkan pada jam 9 malam.”

“Saya berhenti bertanya kerana saya dapat rasakan, semakin banyak saya bertanya, mereka akan lebih keberatan untuk melepaskan saya.”

“Rupa-rupanya pegawai imigresen tersebut tidak peka dengan mereka yang dibawa ke lounge itu. Jadi mereka minta semua untuk beratur dan memanggil nama. Nama yang dipanggil akan berdiri di bahagian lain.”

“Seorang wanita dari Vietnam tidak dengar namanya dengan betul dan berjalan ke bahagian lain. Pegawai itu kemudian menampar mukanya menggunakan buku nota.”

Giphy 2

Qiao kemudian dilepaskan dan dihantar pulang ke negaranya pada 11 Mac.

Menurut Taiwan News, selepas status mengenai pengalaman pahit wanita itu menjadi viral, Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan siasatan terperinci mengenai insiden itu dijalankan.

Pada ketika ini, tiada perkembangan mengenai siasatan itu dan ianya tidak jelas bahawa cerita yang dikongsikan wanita itu adalah perkara benar. So, jangan kecam atau buat andaian terlalu cepat okay korang!

Namun, jika apa yang diceritakannya adalah benar, bermakna siasatan menyeluruh perlu dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kerana ianya melibatkan reputasi negara kita.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.