in

Wanita ‘Sound’ Peniaga Jenis ‘Ketuk Harga’, Jual Baju Kurung ‘Simple’ Tapi Harga Beratus-ratus

Baju 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan sejak beberapa tahun lepas, ramai wanita lebih menyukai rekaan baju kurung yang klasik dan simple. 

Jadi, segelintir peniaga baju kurung akan mengeluarkan baju dengan rekaan dan corak yang ringkas tetapi harganya pula yang ‘cekik darah’.


Baju simple tapi harga ratus?

Tular satu video di TikTok apabila seorang wanita yang menegur sesetengah peniaga dan pereka yang menjual baju kurung dengan harga yang tak masuk akal. Walaupun corak dan rekaan baju itu nampak sederhana ataupun minimalist, harganya pula boleh mencecah ratusan ringgit.

Artikel berkaitan: Cari Baju Warna ‘Hot’ Tema Raya Tahun Ni, Lelaki Terkejut Peniaga ‘Markup’Harga Hingga RM350

Artikel berkaitan: [VIDEO] Wanita Tempelak Peniaga Yang Jual Baju & Seluar Raya Harga Asing-Asing

Untuk semua pereka baju raya, dengar ni. Saya nak cakap, baju kurung kedah yang simple tak perlu harga sampai RM300 sehingga ribuan ringgit. Know your worth.

Kalau ada sulam-sulam macam bernikah tu takpe… ini simple, takde corak.. hitam putih. Tak payah jual mahal-mahal.

@poopppp70

Tolong la 😭😭😭😭🙏😭😭😭

♬ original sound – pooppp70 – pooppp70

Netizen luah perasaan yang sama

Isu harga baju mahal dengan rekaan yang sederhana ini turut dialami oleh sesetengah netizen. Rata-rata daripada mereka mengadu perkara yang sama kerana pernah membeli baju raya dengan harga yang mahal tetapi tidak berbaloi.

Baju 1 Baju 2 Baju 3

Selain itu, ada sesetengah netizen yang memilih untuk membeli kain di kedai dan mengupah orang untuk menjahit baju raya.

Baju 4

Pun begitu, ada netizen mendakwa sesetengah baju kurung sebenarnya diambil dari negara jiran lalu dijual dengan harga yang mahal di Malaysia.

Baju 5

Mahal kan baju raya sekarang.. min pun tak beli-beli lagi baju raya..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.