in

[VIDEO] Wanita Tempelak Peniaga Yang Jual Baju & Seluar Raya Harga Asing-Asing

Ft Jual Baju Raya Asing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini jatuh pada bulan April, pastinya dah ada yang mula mencari baju raya, ini kerana ada yang jenis tak mahu berebut-berebut ketika bulan puasa nanti.


Jika diperhatikan semula, dah banyak sangat jenama baju raya yang menjual busana yang cantik. Namun begitu, makin menjadi-jadi juga sesetengah peniaga ini yang bersikap ‘kapitalis’ dengan alasan untuk menjaga exclusivity produk mereka.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Lelaki Jahit Sendiri 120 Pasang Baju Raya Untuk Isteri & 2 Anak, Kos Cecah RM60k

Artikel berkaitan : [VIDEO] Orang Ramai Berebut-rebut Di Starvilion Dek Penangan Baju Raya Seringgit

Jika diperhatikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dah mula ada jenama yang jual pakaian secara berasingan, maknanya dalam sepasang baju kurung itu, baju dan kain dijual berasingan dan harganya pula sangatlah mahal, ibarat membeli 2 pasang baju lengkap.

Perkara ini membuatkan pengguna TikTok ini mula rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya. Baginya ia terlalu membebankan pembeli kerana harga yang ditetapkan itu ada kalanya tidak masuk akal.

@symmsfa

Raya ni kita pakai baju pkp haritu je k?🌚 #pov #fyp

♬ Selamat Pengantin Baru – Instrumental

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang dah mula mendedahkan jenama-jenama tersebut. Namun begitu, ada juga netizen berpendapat ia boleh dipertimbangkan jika jualan sebegitu boleh dipadankan dengan yang lain, tetapi untuk sepasang baju, ia sangatlah tidak masuk akal.

Baju0Asing 2 Baju Asing Baju Asing 3 Screenshot 2024 02 07 150254

Hurm, nasib lah min pakai baju tahun lepas je, tak payah kusut-kusut.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.