in

Wanita ‘Sound’ Ibu Bapa Yang Mengeluh Tengok Anak Dapat Duit Raya Sikit Depan Pemberi

Ft Duit Raya Sikit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang TikToker meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir ibu bapa yang membiarkan anaknya membuka sampul duit raya di hadapan pemberi, lebih teruk lagi ada yang mengeluh dapat duit yang jumlahnya sedikit.


Perkara ini diperjelaskan berdasarkan pengalaman yang dia lalui sendiri. Jelasnya, kebiasaan ia berlaku kepada anak-anak orang lain yang dia tidak kenal.

Artikel berkaitan : Budak-budak Dapat Duit Raya ‘Drive Thru’ Daripada Orang Sangkut Jammed Lepas ‘Wish’ Hari Raya 

Artikel berkaitan : Lain Dari Yang Lain, Trend Terbaharu Bagi Duit Raya Guna ‘Mock Cheque’

Jika difikirkan secara logik, kebiasaannya kita akan dahulukan ibu bapa dan anak-anak ataupun anak buah jika belum berkahwin, jadi pastinya kita akan berikan jumlah yang lebih kepada mereka sebelum membuat bungkusan duit untuk saudara-mara dan juga orang-orang yang tidak dikenali.

Ia bergantung kepada tahap kemampuan seseorang itu, tapi selalunya amaun untuk saudara-mara diberikan agak kurang berbanding ahli keluarga terdekat, apatah lagi kalau orang luar. Perkara yang sama dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Tia ini.

Nak dipendekkan cerita, semasa dia beraya ke rumah kawannya pada hari raya ketiga, dia ada bersua dengan beberapa rakan lain kepada kawannya yang sudah mempunyai anak.

“Saya bagilah sampul raya yang ada RM 2 dan saya tak tahu kenapa mak bapa normalize untuk budak buka sampul raya on the spot dekat depan tu. Budak tu macam ha? RM 2 je? Dan ibu bapa tu tak tegur pun. Diaorang tu budak-budak lah saya faham.”

“Tapi ibu bapa tu, apa awak punya peranan bila anak awak cakap macam tu dekat strangers yang bagi duit raya tu dekat anak awak dan tujuan raya bukan sebab pasal duit raya je tau, dia macam masa ni lah awak akan mengeratkan silaturahim, masa ini lah awak nak betul-betul cuti berehat, tenangkan fikiran pergi rumah orang.”

Terkilan dengan sikap ibu bapa yang membiarkan anaknya mengeluh di depan matanya,Tia juga menemplak sikap ibu bapa yang ‘sama naik’ dengan anak-anaknya. Jelasnya, dia pernah saksikan sendiri kejadian tersebut.

@tiyakamal2

Lepas ni nk letak daun palas ja dalam sampul tuh #foryoupagе #fyp #fypシ #fypgakni

♬ original sound – Luckyboyyy – Luckyboyyy

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong dengan kenyataan Tia, bahkan ada juga yang menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama pernah dilalui mereka.

Screenshot 2024 04 18 153721 Screenshot 2024 04 18 153802 Screenshot 2024 04 18 153921 Screenshot 2024 04 18 154030

Harap ibu bapa dapatlah ambil cakna bahawa ia bukanlah satu perkara remeh.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.