in

Wanita Mengemis Beri Alasan Anak Sakit Sebaliknya Guna Wang Untuk Berjudi

Pengemis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Mengemis Beri Alasan Anak Sakit Sebaliknya Guna Wang Untuk Berjudi
Loading
/

Seperti yang kita semua tahu, rakyat Malaysia memang pemurah hati. Kalau kita nampak pengemis, golongan OKU menyanyi di tepi jalan ataupun kanak-kanak kecil datang meminta wang, sedikit atau banyak pasti kita sedekahkan kepada mereka.


Namun apabila pengemis sebegini mula mengambil kesempatan seperti apa yang diceritakan seorang netizen bernama Choong, siapa yang tak sakit hati!

Dalam perkongsiannya di laman Facebook, Choong menulis:

“Ibu saya terserempak dengannya sekali semasa di persimpangan dekat Endah Parade, dia sedang mengetuk cermin kereta orang dan meminta pertolongan.” 

“Saya pernah bertemu dengannya sebelum ini semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Endah Parade, tapi disebabkan ibu saya pernah memberitahu saya akan hal ini, saya tidak melayannya.” 

“Hari ini, saya bertemu dengannya lagi! Dia mengadu anak lelakinya demam panas di rumah dan dia perlukan wang,” kata Choong.

Capture
sumber: facebook

Wanita tersebut kemudian berjanji yang dia akan mengembalikan wang tersebut pada bulan hadapan dan dia juga menunjukkan kad pengenalannya sebagai bukti.

Apabila mereka yang sedang diperdayanya kelihatan tidak percaya, wanita tersebut mengeluarkan pula resit dari Hospital Kuala Lumpur yang mendakwa dia sering ke hospital tersebut kerana mengalami kemurungan.

Capture 2
sumber: facebook

Maaf saya tak boleh percaya wanita ini kerana saya pernah melihatnya sebelum ini, dan jangan kata anaknya yang demam selama seminggu itu masih lagi berada di rumah.” 

Berikut rakaman video yang dikongsikan Choong:

Malah, Choong bukanlah satu-satunya mangsa yang pernah didatangi wanita ini. Beberapa orang netizen juga pernah berkongsi pengalaman yang sama seperti Choong.

“Ya, ini memang penipuan. Dia pernah datang kepada saya sekali di Endah Parade dengan menceritakan hal yang sama tentang penyakit kemurungannya dan anak lelaki yang demam panas. Dia juga membuat mimik muka yang serupa dan menunjukkan kad biru HKM kepada saya. Saya kasihan dan beri RM50 kepadanya,” kata salah seorang netizen.

“Saya bertemu dengannya hari itu di Maybank Sri Petaling. Dia mengemis wang kepada seorang pakcik, yang mana saya terdengar akan perbualan mereka mengenai anak lelakinya. Saya mahu membantu wanita itu, maka saya memberinya wang. Sekarang saya rasa tertipu,” komen seorang lagi mangsa.

Namun salah satu komentar dari seorang netizen di perkongsian tersebut sangat mengejutkan.

Tolong henti beri wang kepada makcik ini. Dia akan ambil wang tersebut dan gunakan ia untuk berjudi. Saya tahu, sebab dia tinggal di tingkat atas rumah saya.”

Memanglah bersedekah itu amalan yang mulia. Namun dalam dunia yang dipenuhi penipu seperti ini, kita haruslah berjaga-jaga. Semoga mereka yang melakukan pekerjaan ini menyedari akan kesilapan mereka. 

Baca: Lelaki Kongsi Pengalaman Bantu Dua Orang Asing, Rupanya Ditipu Pengemis VVIP!

Vvip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.