in

Wanita Lakukan Hubungan Seks Bersama Bapa Supaya Dia Tidak Berkahwin Dengan Tunangnya

Sue Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percaya atau tidak, ini adalah kisah benar!

Menurut South China Morning Post, perbicaraan mahkamah dijalankan semalam menyiasat satu kejadian di mana seorang wanita menawarkan hubungan seks kepada bapanya sendiri supaya lelaki itu tidak berkahwin dengan tunangnya!


 Gross Disgusted Cringe Eww Horrified Gif

Kejadian keji itu berlaku di Hong Kong pada tahun 2009 ketika wanita berkenaan baru berusia 19 tahun.

Wanita itu yang kini berusia 26 tahun dan bapanya yang berusia 58 tahun didakwa dengan dua pertuduhan sumbang mahram, yang mana kedua-dua mereka telah mengaku bersalah.

Penilaian psikologi mendedahkan bahawa wanita itu kekurangan kasih sayang seorang ibu dan menjadi terdesak apabila bapanya mahu berkahwin semula.

Penilaian itu juga menyatakan bahawa kedua-dua hubungan seksual itu berlaku kerana ‘cinta yang tidak sepatutnya, keberahian dan ketaatan terhadap bapanya’.

Peguan wanita itu menerangkan di mahkamah bahawa wanita tersebut menawarkan seks, dengan harapan bapanya akan mengubah fikiran.

Hubungan seks dua beranak itu mula diketahui apabila abang wanita berkenaan, yang masih di sekolah pada ketika itu, terjumpa rakaman video seks mereka berdua.

Rogol
gambar hiasan

Selepas menjumpai video itu, abang wanita berkenaan memaklumkan hal berkenaan kepada pihak polis. Pada mulanya, dia menyangka adiknya itu dipaksa melakukan hubungan seks oleh bapa mereka.

Sejak itu, abang wanita tersebut mengalami tekanan perasaan dan kemurungan hingga terpaksa mengambil ubat yang telah ditetapkan.

Sebelum kes ini dibawa ke mahkamah, wanita itu mengaku kerana ingin bertanggungjawab sepenuhnya supaya bapanya tidak dikenakan hukuman penjara. Menurut mahkamah, perkara itu jelas menunjukkan ketaatan dan keberahian yang dirasakan terhadap bapanya.

Apa dorang fikir eh masa dorang ‘bersama’? Tak rasa jijik ke!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.