in

Wanita Kecewa Bank Tak Bantu Kes Duit Hilang, Tuduh Transfer Sendiri Duit Pada Individu Tak Dikenali

Nangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Kecewa Bank Tak Bantu Kes Duit Hilang, Tuduh Transfer Sendiri Duit Pada Individu Tak Dikenali
Loading
/

Kes kehilangan wang di bank ni banyak kita dengar sebelum ni. Dan kita sendiri takkan pernah jangka benda macam ni akan jadi pada diri kita. Tapi ada seorang wanita ni dah rasa sendiri pengalaman hilang duit dan kongsikan kisah dia dekat media sosial.


Menurut mStar, semalam tular satu video seorang wanita menangis mengadu nasib yang menimpanya beberapa hari lalu tentang wang yang tiba-tiba lesap dari bank. Dalam rakaman tersebut, wanita bernama Norshamili Osman itu nampak begitu terkilan dan kecewa dengan apa yang berlaku.

22 2
sumber: mstar

Wang RM1000 sumbangan MB hilang dari bank

Dalam rakaman berdurasi 17 minit 47 saat, wanita berusia 41 tahun itu mendakwa bahawa wangnya yang bernilai RM1000 telah hilang dari bank dengan tiba-tiba. Duit tersebut katanya pemberian MB Negeri Sembilan untuk dijadikan modal kepada perniagaan kantinnya.

Sumbangan tu diberikan dalam bentuk cheque dan Nor dah masukkan ke dalam bank. Dua hari kemudian Nor nak ambil duit dalam bank untuk beli barang berniaga tapi baki cuma ada RM25 je. Waktu tu Nor dah mula pelik, takkan la duit cheque tu tak masuk lagi.

11 1
sumber: facebook

Dituduh transfer sendiri wang ke akaun individu tak dikenali

So, Nor pergi la tanya perkerja bank pasal duit dia ni. Lebih mengejutkan, pekerja bank cakap yang Nor sendiri dah transfer duit RM1000 tu ke dalam akaun seorang wanita tak dikenali, guna servis perbankan atas talian.

Nor waktu tu memang terkejut la dengan apa yang dia dengar dan syak ada orang dah hack akaun dia. Lepas tu Nor buat laporan polis dan periksa dengan cawangan bank yang digunakan wanita tu. Sah, memang ada wang RM1000 dipindahkan masuk dalam akaun wanita terbabit.

Aas
sumber: facebook

Tak pernah guna perbankan atas talian

Apa yang mengelirukan, Nor mendakwa dia tak pernah guna perbankan atas talian walaupun pihak bank maklumkan dia sendiri yang pindahkan wang tersebut.

“Tapi saya tidak pernah menggunakan perbankan atas talian dan nombor yang didaftarkan untuk melakukan pemindahan wang itu juga bukan nombor telefon saya,” kata Nor.

Nor kini dah buat aduan pasal kes ni tapi pihak bank mengatakan mereka masih tak dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan wangnya. Pihak bank ada berikan nombor telefon wanita tersebut kepada Nor, namun nombor tersebut sudah tiada dalam perkhidmatan apabila cuba dihubungi.

Nor merayu pihak berkaitan untuk pulangkan balik duitnya sebab sumbangan tu sangat penting untuk kegunaannya dan keluarga. Bahaya betul duit boleh hilang macam tu je kan. So korang make sure sentiasa hati-hati kalau benda bersangkut paut hal duit ni ye! 

Tonton video Nor mengadu nasibnya kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: Lelaki Ini Telah Bawa Keluar RM600,000 Dari Sebuah Bank di Damansara Heights Tanpa Dikesan

Alska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.