in

Wanita Ini Cuba Masak Resepi Kari Pavithra, Dan Berjaya Jumpa Rahsia Hasilkan Kari Yang Lebih Sedap

Untitled Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kari merupakan antara hidangan popular di Malaysia. Bukan saja negara kita, bahkan menu berasaskan kari turut dihidangkan di sepelusuk Asia khususnya di bahagian selatan dan Asia Tenggara — mengikut olahan sesedap rasa di lokaliti masing-masing.


Bercakap pasal kari, baru-baru ini ramai geng ibu-ibu mencuba resepi kari ayam ala Sugu Pavithra — YouTouber yang tular di media sosial kerana gaya masakannya yang santai dan bersahaja.

Tapi ada seorang wanita ni dia cuba ikut resepi kari ikan Pavithra pula.

Hasilnya, beliau berjaya temui petua rahsia di sebalik gaya memasak Pavithra — yang membuatkan kari tersebut menjadi lebih sedap, berbanding dengan cara beliau sendiri memasak sebelum ini.

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik dalam laman Facebooknya, Che Puteh Osman berkata bahan yang digunakan adalah sama — kecuali halia, dan beliau tidak meletakkan serbuk cili.

“Biasanya saya bancuh serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak. Dan letak tomato selepas masuk air dan mendidih.”

“Cara Sugu Parvithra adalah masukkan tomato dahulu sehingga lembik, masukkan serbuk kari dan masak sehingga naik minyak, diikuti terung, air, air asam jawa, ikan, santan dan bendi.”

Okay, bahan hampir sama cuma cara memasak je yang berbeza. Tapi apa yang membuatkan kari ikan Pavihtra lebih sedap dan tajam?

Rahsianya adalah daripada tomato yang ditumis sehingga lembik terlebih dahulu sebelum memasukkan bahan-bahan lain.

Istock 519663318 767671330 1590189466

Dan rahsia di sebalik tomato ini pula, adalah kerana ia memiliki glutamate. Jadi bila dimasak sehingga hancur, ia memberi rasa yang sedap pada kari.

So lepas ni kalau nak masak kari ikan, mungkin boleh cuba ikut style Pavithra masak pula. Tak perlu nak letak sebarang penambah perisa, sebab semua tu dah terkandung secara semulajadi dalam tomato.

Selain tomato, glutamate juga terkandung dalam makanan lain seperti keju dan cendawan.

Hari ini saya cuba buat kari ikan versi Sugu Parvithra. Bahan sama, kecuali halia dan serbuk cili. Saya tak letak…

Posted by Che Puteh Osman on Selasa, 23 Jun 2020

Selamat mencuba!

 

Baca: “Comel gila!” – Pasangan Jepun Cuba Kari Ayam Sugu & Onde-onde Untuk Desert Buat Netizen Bangga

Sugu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.