in

Wanita Gigih Guna Seterika Tanpa Pemegang, Amal Prinsip ‘Masih Elok Untuk Dipakai’

Page Iron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak capai apa je yang ada depan mata kalau ada kejadian yang berlaku di luar jangkaan kita? Apatah lagi kalau ia terjadi secara tiba-tiba di waktu yang terdesak dan memerlukan kita untuk bertindak pantas.


Rasanya tindakan seperti ini boleh dikatakan terjadi kepada hampir semua orang. Seperti yang ditunjukkan dalam video TikTok @annraihanramli, dia terhibur dengan gelagat sepupunya sendiri yang menggunakan seterika dengan bentuk yang agak lucu.

Ini kerana, sepupunya menggunakan seterika tanpa pemegang untuk menggosok tudungnya pada waktu itu. Menariknya, seterika itu masih lagi berfungsi dengan baik walaupun bentuknya telah ‘nazak’.

Cousin 2

Berikutan dengan bentuk seterika itu, ternyata ada kisah tersendiri yang terjadi sebelum dia menggosok tudungnya. Menurut Raihan, pemilik akaun TikTok itu, dia memberitahu di bahagian komen yang sepupunya itu sebenarnya terjatuhkan seterika dan tidak sempat untuk beli seterika yang baharu.

Disebabkan itu, ramai yang memberi komen bahawa sepupunya itu sangat bersahaja kerana berani menggunakan seterika yang telah patah pemegangnya. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa dia mengamalkan prinsip guna selagi boleh dan selagi elok.

Iron Komen Full

Tidak ketinggalan, ada juga yang risaukan tentang keselamatan sepupunya sekiranya terus menggunakan seterika tersebut kerana seterika itu mengalirkan tenaga elektrik sekiranya dipasang.

Oleh itu, Raihan memberitahu bahawa sepupunya telahpun membeli seterika yang baru selepas mereka keluar bersama untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini daripada berlaku.

Baca: “Cantik, Macam Selena Gomez!” – Anak Dara Que & Linda Dah Berusia 12 Tahun, Mula Ikut Langkah Ibu Suka Menari

Page Ratu

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.